Wahhh... event tergempak ini. Maklumlah tahun lepas Mia tak dapat nak join sebab ada komitmen lain. Kali ini, Mia pastikan untuk join tahun ini.

Kebetulan semalam petang semasa Mia online tengah nak update entri SINI, tup-tup Bro Denaihati dah umumkan tarikh dan masa untuk event Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014 #SBB2014 #SBBYEOS2014. Apalagi Mia pun teruslah mendaftar di SINI. Yuran pendaftaran RM 20 untuk seorang.

Tarikh : 8 Mac 2014 ( Sabtu )
Masa : 10.00 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Ilmu blog di dada masih cetek lagi dan rasanya dah jadi keperluan untuk Mia hadiri event blogger yang besar ini untuk dapat berjumpa dengan blogger-blogger otai dan famous. Manalah tahu boleh belajar dari pengalaman mereka.

Mia akan hadir berdua dengan Suami Mia bersama Farah, Ainim dan Sally. Kasi meriah gitu. Maklumlah segan sebenarnya nak datang sini, kalau ada geng senanglah sedikit. Lagipun macam-macam ada. Ada cabutan bertuah yang hadiahnya gempak habis dan ada panel blogger...


Bagusnya urusan pendaftaran SBBYEOS2014 ini, cepat betul Mia terima emel pengesahan dari penganjur. Terbaik....


Jadi, tunggu apa lagi jomlah daftar di SINI ya... berbaloi sangat kalau dapat pergi ni..

jumpa di sana ya... jangan lupa tegur-tegurlah Mia nanti. kot-kot tak perasan ke... (^_^)