Sekarang ini Mia dah kurangkan bilangan entri dalam sehari. Kalau dulu, 6 entri sehari di bulan Januari 2014 tetapi kali ini dah berubah kepada 4 entri setiap hari. Itupun bergantung kepada keadaan. Kalau sibuk sangat mungkin akan jadi 2 atau 3 entri dalam satu hari. Yang penting, setiap hari secara konsisten akan update blog.

Dah namanya blog personal kan... tentulah akan update kisah sendiri selain kongsikan maklumat lain yang dirasakan perlu untuk tatapan pengunjung semua. Kalau Mia tak update blog, terasa macam ada kekurangan pada diri ini. Macam ada yang tak kena je. Maklumlah blog dah sebati dengan jiwa ini. Mesti nak update juga... Tak kisahlah dengan handphone ke.. laptop ke... pc ke...

Rasa ceria dan gembira bila ada blog di sisi.... begitu juga dengan pengunjungnya yang amat memahami diri ini.

love this blog so much... (^_^)