Wah... dah masuk cuti sekolah nampaknya. Masa untuk bercuti bersama keluarga. Kali ini tambah lagi seorang Syakirin, sepupu Sofea. Nampak lagilah meriah. Sofea ada geng.

Destinasi percutian 3 hari 2 malam, tak lah jauh sangat, dalam kawasan Johor Bahru juga iaitu di Hotel Silka Johor Bahru berdekatan dengan Tesco dan Giant Plentong. Kami menggunakan highway Pasir Gudang untuk sampai ke sini. Semalam petang check-in dalam pukul 2.45 petang. 

Kami menginap di bilik keluarga (family room) mengandungi 1 katil saiz king dan 2 katil saiz single. Memang selesa sungguh dengan 2 bilik air.

pintu depan hotel Silka Johor Bahru

sedang minum Welcome Drink

kad bilik hotel

buah-buahan dan muffin coklat

katil untuk Sofea dan Syakirin




katil king





Seronoknya Sofea...  Mia dan Suami Mia layankan aja. Kawasan kat sini tenang dan mendamaikan. Jauh dari kebisingan suasana kota. Boleh rehat-rehat dengan aman.

family sweet hour...