Strok Haba


Kecohnya hari ini pasal strok haba. Sampai kat dalam group whatsapp pun borak pasal ini. Bahaya juga strok haba ini kalau kita terlalu terdedah kepada sinaran cahaya matahari yang sekarang ini sangat panas dan dijangka akan berlanjutan sehingga pertengahan Mac 2014 ini.

Strok haba bermaksud paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Untuk pengetahuan, suhu normal badan sebenar kira-kira 37.0 darjah celcius. Kurang minum air dan dehidrasi badan (kekurangan air di dalam badan) boleh menyebabkan strok haba.

Tanda awal strok haba ialah :
  1. Kepala berdenyut
  2. Mual
  3. Kurang berpeluh
  4. Denyutan nadi yang pantas
Tanda-tanda lain ialah :
  1. Otot lemah dan kejang
  2. Muntah
  3. Kulit kering dan kemerahan
  4. Sawan
  5. Pitam
Suhu  tinggi juga boleh mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak di mana ianya boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.

Sumber : SINI

Memang bahaya ini. Kita perlu berhati-hati dan elakkan berada di kawasan yang panas dengan lama dan juga banyakkan minum air. Jagalah kesihatan kita...

memang rasa bahang cuaca sekarang ni...  tekak pun macam perit je ni...

Post a Comment

23 Comments

  1. Eee qila memang cuak sekarang.
    Betul tu kak mia, memang tekak rasa perit gila ughh.
    Qila telan air tu mcm telan apa dah. Takkisah lah kena gi bilik air byk kali pun sbb memang peluh ni haihh :(

    ReplyDelete
  2. Sally weekend je keluar..yg lain duduk rumah dan g keja

    ReplyDelete
  3. perlu minum air dengan banyak tetapi air dicatu hurmmm

    ReplyDelete
  4. blh smpai mati strok haba ni kalau kene. baru lepas baca kat blog yumida

    ReplyDelete
  5. yup, memang strok haba ni sgt merbahaya. kurangkan sedikit aktiviti luar.

    ReplyDelete
  6. Dengar nya hari ni dah banyak tempat hujan.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  7. kerap minum air..

    http://pemudattbc.blogspot.com/2014/03/hebahan-lantunan-mahabbah-rasulillah-saw.html

    ReplyDelete
  8. The weather is too hot, should drink a lot of water and avoid being under the sun for too long.

    ReplyDelete
  9. Mmg kena berhati2 di musim panas ni...

    ReplyDelete
  10. Jarang keluar rumah time musim panas nie

    ReplyDelete
  11. ha ada tgk news pasal strok haba ni..emm takut...kn minum air byk2..

    ReplyDelete
  12. asslamualaikum mia...betul tu kena byk minum air skg ini...:)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Kak Mia...takut juga bila Strok Haba ni...kena minum air yang banyak...

    ReplyDelete
  14. Kena minum banyak aor kosong.... Risaukan anak2 ni

    ReplyDelete
  15. 1st time dengar strok haba.. bahaya time panas2 mcm nie..

    ReplyDelete
  16. bahaya dengan musim cuaca sekarang ni kan..nak kena adapt dengan cuaca

    ReplyDelete
  17. Strok haba ni bru zara tahu tempohari dr entry sis yumidam. Bahay ny kan.. huhu. Kena jg kesihatan sbaik ny trutama lg ngan cuaca xmntu ni..

    ReplyDelete
  18. ada juga nama peringatan nih dekat fb. nice sharing kak mia :)

    ReplyDelete