Tutorial Follow Blog Melalui Reading List

Memandangkan blogger yang menggunakan platform blogspot sekarang ini agak sukar untuk follow blog melalui widget Google Friend Connect, di sini Mia ada nak tunjukkan tutorial cara-cara nak follow blog melalui penggunaan Reading List. Kiranya ini macam cara lain atau alternatif yang paling sesuai untuk follow blog bila butang follower Google Friend Connect menghadapi masalah.

Cara ini amat mudah sebab segala operasi yang dilakukan hanya di dalam dashboard blogger sahaja. Paling menyenangkan sekali apabila kita nak follow lebih daripada satu blog dalam satu masa.

Jom tengok cara-caranya dan sila klik pada gambar untuk besarkan.


Di bahagian utama dashboard blogger, sila pergi ke ruangan Reading List, klik pada butang Add untuk follow blog.

Masukkan URL blog yang hendak di follow. Sekiranya ada lebih daripada satu blog yang hendak di follow, sila klik pada butang + Add. Selepas siap, klik pada butang Follow. Dalam tutorial ini, Mia hanya tunjukkan cara-cara untuk follow satu blog bagi memudahkan pemahaman.


Blog yang dimasukkan tadi akan terpapar dalam Reading List blog kita. Senang kita nak terjah entri terkini nanti.

Bila disemak kat Follower Widget Google Friend Connect blog tersebut, sudah kelihatan icon follower Mia di situ. Mia adalah follower yang ke 270. Yeay.... sukanya dah boleh follow.

Nampaknya, tutorial simple ini akan dapat membantu anda ketika blogwalking untuk follow ke blog yang baru pertama kali diterjah. Selamat mencuba cara ini ya....

*kemungkinan besar ada sesetengah blog tidak boleh menggunakan cara ini..

sesi mengajar....