Bila kita berpayung atas nama blogger personal, sudah tentulah kisah sendiri ada di dalam blog. Tak kisahlah cerita apa yang di update kat blog asalkan ada kisah personal.

Terma blog personal ni sangat meluas... boleh kongsikan apa yang kita nampak, dengar, yang berlaku di sekitar dia, apa yang dibuat, apa yang kita suka. Juga boleh cerita pasal keluarga... kerjaya, pengajian di universiti. Macam-macam lah. Ada juga yang bagi informasi dan tips berdasarkan pengalaman sendiri.

Sebab itu, jadi blogger personal kadang senang nak dapat bahan untuk update blog. Walaupun entri tidak panjang jela. Memadailah apa yang ada dengan letak gambar dan kemudian cerita. Eh.. jangan susah hati, patut hargai entri itu sebab datangnya dari kita sendiri. Nilai yang ada pada entri itu sangatlah berharga. Sebagai contoh.. update tentang kucing kita sedang makan dengan gaya tersendiri. Nampak comel dengan bulu kembangnya. Patut berbangga sebab itu kisah kita. Gambar itu kita punya, bukannya orang lain punya. Satu lagi, karangan entri itu sudah tentu tidak akan sama dengan blogger lain.

Mia faham kadang ada blogger yang terlalu pentingkan ketrampilan entri dengan ayat yang berkualiti. Tetapi awas jangan sampai keterlaluan, boleh jadi stres nanti. Tak bestlah... kalau berblog boleh jadi stres. Cuba elakkan ini.

Seeloknya, kita juga perlu ruang untuk buat entri santai yang lebih relaks. Kadang pengunjung pun nak macam itu juga. Sebenarnya, terpulang pada kita nak corakkan blog personal tu macam mana. Jangan sampai berpayung pada status blogger personal tetapi satu entri personal pun tidak ada kat dalam blog. Ada juga Mia jumpa masa blogwalking, puas belek sampai entri yang ke 2 bulan lepas, satu entri personal pun tak ada.  Macam ni bukan blog personal namanya.

Tetiba je kan.. nak bebel pasal blog personal. Sekadar luahan...

 sebab Mia blogger personal....

Hadiah bernilai RM10,020.00 untuk dimenangi.
Klik SINI untuk join.