Bersambung dari kisah di SINI. Pada sebelah malamnya selepas selesai makan malam, Mia dengan rakan sekerja, Siti buat aktiviti riadah brisk walking di Kuching Waterfront.
Kuching Waterfront memangnya antara lokasi terbaik, tempat menarik dan popular untuk brisk walking atau jalan santai pada waktu malam. Suasana tepi sungai yang berangin, ditambah pula dengan limpahan lampu warna-warni dari Jambatan Darul Hana dan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, membuatkan aktiviti riadah Mia dan Siti terasa lebih tenang dan tidak membosankan. Sebenarnya aktiviti riadah sebegini selepas makan malam adalah sangat bagus untuk kesihatan.
Jom tengok gambar pemandangan waktu malam di sekitar Kuching Waterfront....
- Melancarkan pencernaan
- Membantu badan memproses makanan dengan lebih cekap selepas makan malam
- Mengurangkan stres
- Berjalan santai sambil melihat pemandangan indah membantu menenangkan minda selepas seharian penat bekerja
- Tidur lebih nyenyak
- Aktiviti fizikal yang ringan pada waktu malam membantu badan menjadi lebih relax untuk rehat yang berkualiti
Hasilnya dapat brisk walking sejauh 2.35km dengan masa 43 minit 17 saat. Alhamdulillah... syukur...
** mood tenang...










0 Comments