Ramadhan bakal pergi
Berlalu meninggalkan diri
Lailatul qadar malam dinanti
Penuh keagungan dirai

Ramadhan bakal pergi
Menangis seorang diri
Tatkala malam menghampiri
Terasa kerdil diri ini

Ramadhan bakal pergi
Kesayuan tidak terperi
Seolah tidak mahu ia pergi
Walau Syawal jelmakan diri

Ramadhan bakal pergi
Redha dengan sepenuh hati
Tertanya di benak hati
Moga tahun depan berjumpa lagi

puisi ciptaan Mia tentang Ramadhan yang bakal pergi...