Mia bermula dari bawah. Blogger newbie. Blogger yang orang tak kenal pun siapa entah Mia Liana ini. Bukan blogger popular atau famous.

Di sini Mia nak kongsikan perkara asas dalam berblog yang Mia buat sejak dulu lagi. Ada 2 perkara yang paling asas dalam berblog.

Perkara yang pertama, selepas kita ada blog tentulah perlu update blog. Takkan nak biarkannya kosong macam itu. Update lah blog mengikut niche yang dibawa. Kalau blog personal, bolehlah cerita macam-macam. Kalau blog bisnes, ceritalah pasal bisnes yang dibuat. Update lah secara konsisten supaya blog kita akan sentiasa berupdate dan pengunjung yang dah pernah datang, mungkin akan datang lagi ke blog kita.

Bila dah update blog, tentulah rasa macam tak best kalau blog kita tak ada pengunjung. Dapat sikit pun jadi lah daripada tak ada langsung.

Perkara yang keduanya. Kita buat aktiviti blogwalking iaitu berjalan-jalan atau singgah ke blog orang lain. Cari kawan dan kenalan baru. Tak bolehlah malu untuk cari kawan. Mulakan dari komuniti blogger dahulu. Luangkan masa setiap hari untuk aktiviti blogwalking. Sekejap pun boleh asalkan konsisten. Tentu akan ada blogger yang membalas kunjungan kita.

Itulah perkara asas yang Mia buat dulu. Masa itu kalau buat segmen belum tentu lagi ada orang nak join maklumlah kawan tak ramai dan follower ciput sangat. 

Sampai sekarang Mia buat. Update blog dan blogwalking setiap hari. Tak banyak, sikit pun jadilah. Asalkan ada..

Kepada blogger baru, jangan sedih-sedih kalau tak ada kawan, cubalah buat 2 perkara asas ini. Selamat mencuba....

tips berblog untuk newbie..


Jom join sekarang :