Hah.... inilah aktiviti Mia selepas balik kerja petang semalam. Mia, Hajar (ajk tetap workout) dan 2 pelajar praktikal, Lina dan Tira ber exercise kat gym. Asyik ngadap komputer je diorang ni, sesekali bawa mereka turun gym.


Nampak tu.. selfie via mirror... suka sokmo bila workout kat gym. Akan lebih mesra. Tak ada lah stres memanjang kat tempat kerja.


Ini pula progress Mia. Kali kedua ke gym ni. Hmmm... dapat juga exercise jalan kaki non-stop selama 40 minit tu.

Lepas tu, Mia terus pancit hahahaha... Rehat santai sambil layan mereka workout. Balik sebelum maghrib. Habis basah lencun satu badan. Berpeluh-peluh...

Aktiviti kat gym sebelum ini ada di SINI.

tengah kumpul duit nak jadi member gym ni... huhuhu