Tajuk entri yang macam ala-ala omputih gitu. Steamed Cooked Vegetables. Dalam bahasa Melayu.. sayur masak stim. Hari ini, Mia dah mula jaga diet pemakanan Mia. Semangat ni. Lagipun kat rumah ini Mia seorang je yang makan sayur.

Menu stim sayur ni mudah dan senang. Hanya potong sayuran kemudian letak hirisan halia dan tabur sedikit garam. Stimkan di dalam microwave. 

sebelum

selepas

Bagus kalau stim macam ni. Khasiat sayur dapat dikekalkan. Dah macam orang sakit je makan macam ni. Tapi takpe... yang penting kita nak amalkan diet pemakanan yang sihat kan... chaiyukkk...

Menu yang dikurangkan, ialah nasi. Menu yang dibanyakkan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Elakkan makanan yang berminyak.

nak cuba dalam sebulan dulu... huhu...