Bayangkan... tengah seronok belek handphone, konon nak pilih gambar untuk di update ke blog, tiba-tiba folder camera dalam gallery dah hilang. Dahlah ada lebih 1k gambar yang dah di snap ada kat dalam tu. Agak-agak dapat rasa tak perasaan itu macam mana?

Perkara ini terjadi kat Mia pada petang Khamis lepas. Bagai tersentap diri ini, terus sedih macam nak apa. Benda dah nak berlaku. Baru niat minggu lepas, nak pindahkan gambar yang banyak tu ke dalam komputer kat rumah. Belum sempat buat, dah hilang.

Gawat betul. Jiwa terus tak tenteram. Kehilangan amat dirasai.


Nampak tu... Tak ada folder camera. Dah puas cari tak jumpa. Macam nak nangis. Sedih teramat.

Mustahil Mia boleh terdelete folder camera tu secara tak sengaja. Takkan pula boleh hilang dengan sendirinya. Takkan kena virus pula. Kenapa satu folder je yang hilang, yang lain tak.. pula. Folder camera ni kat internal memory handphone Mia. 

Mia cuba buat recovery Samsung Galaxy Note 3 dengan cari tutorial di google. Ada buat beberapa tutorial tapi masih tak berjaya. Gigih berusaha sehingga hari ini.

hari itu cuma update blog dengan 1 entri je....