Dah masuk siri keempat Mia shopping kat SOGO Kuala Lumpur. Itulah bila ada outstation barulah menyempat. Hari ini ada meeting kat Putrajaya. Semalam petang sampai Kuala Lumpur terus check in di Premiera Hotel.  Lepas itu terus macam biasa... pergi SOGO tengok apa yang ada.

Eh... ada sale.... weeeee... lagi best sebab tengah musim jualan murah untuk kasut. Apalagi memang dah lama Mia tak beli. Makanya, terus cuci mata dan tershopping satu pasang kasut secara tak sengaja.

Jom tengok..... zassssss....



Kasut berwarna putih Valentino Creations menjadi pilihan dengan harga RM59.50 selepas diskaun. Nasib ada saiz Mia. Lama juga nak memilih. Rambang matalah katakan.... Lembut dan selesa untuk dipakai. Alhamdulillah.....

suka dapat beli kasut baru.... (^_^)

Entri yang berkaitan :