Bersambung dari entri sebelumnya di SINI. Lewat petang pada 4 November 2026, Mia keluar dari bilik Hotel Royal Signature Kuala Lumpur untuk mencari makan malam. Mia hanya berjalan kaki tidak jauh dari hotel menuju ke Plaza Low Yat. Kebetulan pula, ada laptop fair sedang berlangsung di ruang legar tengah plaza tersebut.
Dari situ, Mia terus turun ke aras bawah menuju ke ruang medan selera (food court). Terdapat banyak kedai makan di sini, namun kebanyakannya adalah kedai makanan Cina manakala kedai makanan Melayu agak terhad. Akhirnya, Mia memilih untuk masuk ke Restoran Shikiya. Restoran berkonsepkan masakan fusion (gabungan Jepun, Thai, Barat dan tempatan) ini turut menyajikan pelbagai pilihan hidangan tempatan dan Melayu. Mia pilih menu fish n chips dengan ais lemon tea.








0 Comments