Review Sambal Ketuk Nas Choices Homemade Recipe

Wahh.. tak sabarnya Mia nak review produk sambal ketuk dari Nas Choices ini. Hmmm.. tempohari Mia ada cerita sambal ketuk instant dah sampai kat SINI. Packaging nya nampak kemas dan menarik. Bila dibuka, baunya dah terasa tak sabarnya nak masak nasi goreng. Dah namanya sambal tentulah pedas. Biasanya Mia buat sendiri sambal ketuk ni. Ada pernah cerita kat SINI dulu dan resepinya di SINI. Kalau masak sendiri kita boleh adjust rasa pedasnya.

Terujanya Mia sebab sekarang ni dah ada pula sambal ketuk @ ketok yang instant, tentulah akan lebih memudahkan para ibu yang bekerja untuk memasak di dapur. Sambal ketuk dari Nas Choices ini boleh dipelbagaikan. Boleh makan dengan nasi panas begitu sahaja. Boleh makan dengan bubur. Boleh dimakan dengan roti dan boleh juga dibuat rencah nasi goreng. Terbaiklah...


Packaging sambal ketuk dari Nas Choices. Ramuannya ialah cili padi, bawang merah, ikan bilis, minyak, garam dan gula.


Bahan-bahan untuk dibuat nasi goreng. Sambal ketuk. Lobak yang dicincang dadu, hirisan bawang besar, bawang merah dan bawang putih. Kalau nak cepat sangat, boleh masak nasi goreng begitu sahaja dengan sambal ketuk.

Goreng bahan-bahan tadi. Mia masak di frying pan dengan minyak masak yang sedikit. Jangan lupa bubuh garam sedikit.

Sambal ketuk dimasukkan. Goreng sampai garing.

Masukkan nasi dan kemudian gaul sehingga rata.

Nah.... dah siap dah... jemputlah makan ya...

Rasanya ummpphhh... makan panas-panas dan boleh dimakan seisi keluarga. Kerja-kerja memasak di dapur menjadi mudah dan cepat. Sedap...

Harganya RM12 sebotol tidak termasuk postage. Sangat berbaloi dan berpatutan.

Untuk sesiapa yang nak tambah pendapatan, ejen dicari untuk memasarkan Sambal Ketuk Nas Choices ni. Produk makanan memang senang sangat nak dijual lebih-lebih lagi yang sedap.


Kepada yang berminat, bolehlah hubungi :


Blog : http://sambalketuk.blogspot.my
Instagram : http://instagram.com/nas_choices
Whatsapp / Sms / Call : 019-3613164

jom rasa sambal ketuk ni...