image Sambal Ketok Pembuka Selera - Mia Liana

Saturday, 30 October 2010

# Dari Dapur Mia

Sambal Ketok Pembuka Selera

Hari ini pagi tadi Mia buat sambal ketok. Ada yang panggil sambal gedok. Getok pun ada juga. Sambal orang jawa. Bahan-bahannya cukup mudah. Ikan bilis, bawang besar, bawang kecil, lada hijau dan garam secukup rasa. Terpulang nak lada merah pun boleh, cili api pun boleh. Sebenarnya, kena tambah belacan. Memandangkan Mia tak berapa suka belacan, jadi Mia lebihkan ikan bilis.

Semua bahan-bahan tadi digoreng dahulu. Lepas tu, ditapis untuk toskan minyaknya. Kemudian ditumbuk samada kasar atau pun lumat. Jangan lupa letak garam secukup rasa. Akhir sekali, tuangkan ke dalam mangkuk kecil dan sedia untuk dimakan. 

Jom cubalah.. sekali rasa tentu nak lagi...









* nota tambahan :
  • semua bahan-bahan perlu digoreng, seeloknya guna minyak yang sedikit. Opppsss Mia guna minyak agak banyak, suami Mia suka garing.
  • lebih sedap jika ditambah belacan sedikit, pun kena goreng juga.
p/s: segannya kuali tak cantik...

32 comments:

  1. hui sedapnyer

    psl kuali letak no 2 la psl sambal ketok tu mcm sedap jer

    ReplyDelete
  2. He he..janji masakan sedap..apa ada pada Kuali..

    ReplyDelete
  3. hohoh
    selalu gak wat sambal ni..
    tp masih xjumpa lg rasa yang sama masa 1st time makan...T__T

    ReplyDelete
  4. wah...xpenah wat cmnie ifa rasa..leh try..hihi..cam best je..hihi

    psst..hadiah sis bru dpt td..hihi..tq sis!best2..nt ye ifa wat yg sis nak..hee

    ReplyDelete
  5. kuali tak perlu cantik. yang penting sambalnya.
    pasti pedas itu sambal ya..
    hmmm...jadi lapar... :-)

    ReplyDelete
  6. macam sedap.rasanya family saya ada buat.tapi nama dia sambal seribu tahun.kenpa nama tu.tak tau..hahaha..mungkin tahan untuk seribu tahun kot....hahaha

    ReplyDelete
  7. ohh senang jer buatnya suami org Jawa ..suka makan tapi tak tahu buat hehhehe

    ReplyDelete
  8. macam sedap je...xpernah rasa n tengok lagi...tapi rasa macam nak cuba je..hehe

    ReplyDelete
  9. Huhu..dah lama carik resepi ni.yeah! thank sis mia.;-)

    ReplyDelete
  10. cam sedap..
    abaikan kuali 2..2 maknenyer selalu memasak..hehe

    ReplyDelete
  11. Sedapnyer.. kalu ader lebih jgn lupakan sha.. bawa ke opis zon selatan...

    ReplyDelete
  12. Salam Mia
    Terima aksih sudi follow blog ummu ya. Rindulah dengan speaking Jawa ni.Hampir banyak perkataan yangd ah terlupa skrg ni.Sambal ni pun paling membangkitkan selera,kan.

    ReplyDelete
  13. best-best sedap ni... faveret...

    ReplyDelete
  14. amboooooi smangat lah masak2 ni kan :)

    ReplyDelete
  15. sis...nie die n3 tq utk sis ye..tq so much!hihi

    http://tiefazatie.blogspot.com/2010/10/bila-tiefazatie-promote-produk-cni.html

    hope sis happy tau2..=)

    ReplyDelete
  16. sy pun suker tau masak camni kak mia...sedap ajer...makan ngan nasi panas

    ReplyDelete
  17. mmg sambal kesukaan my hubby juga ni. mula2 blajar dulu dgn kakak ipar...sedap!

    ReplyDelete
  18. bestnya sis dengan resepi ni...1st time tau ttg ni..thnks ya..

    ReplyDelete
  19. slurrppp...terliur la plak tgk sambal ketOk...nak cuba lah macam ni...^^'

    ReplyDelete
  20. salam mia,
    kalo kakyong buat sambal ni.. kami guna cili api, cili hijau ni suami tak pandang... x terasa makan sambal... ;)

    ReplyDelete
  21. camana makan ni? dengan nasik panas2 ke? xpenah jumpa lg makanan ni..tp nmpak cam bes je..nnt nak try la lgpn senang ")

    ReplyDelete
  22. terima kasih kengkawan. memang sedap pun sambal ni, xrugi kalau mencuba...

    @kak yong, Mia dan suami tak kuat pedas tu yang pakai lada hijau..

    @mamma, boleh dimakan bersama lauk lain dengan nasi.. takpun dengan nasi goreng ke...

    ReplyDelete
  23. pernah rasa...sedap!
    tp x pernah buat!

    ReplyDelete
  24. nampak sodap la sambal ni . mau try la . minta minta jadi ~

    ReplyDelete
  25. sambal ketok ni selalu makan time degree dulu..makcik tu gelarkan sambal kontroversi..memang laris sgt! dan pedas!!! masa mengandung siap beli kat makcik tu sebab teringin sgt..haha.nasib tak sakit perut :)

    ReplyDelete