Masak Lontong Nasi

Monday, September 12, 2016

Masak Lontong Nasi


Setiap kali raya, tak kira lah raya puasa atau raya haji... rutin di rumah keluarga Mia akan masak lontong nasi.

Resepi simple. Bolehlah kalau nak cuba masak. Bahagian dalam kelongsong dialas dengan daun pisang. Sukatan beras 1/3 daripada kelongsong. Jangan tersalah sukatan. Boleh terkeras atau terlembik. Ikat dengan tali rafia di bahagian luar supaya tidak terbuka ketika sedang dimasak.

Tempoh masak paling minimum 4 jam, paling maksimum 6 jam. Kena jaga air jangan sampai terkurang. Jika kurang, tambahkan air. Kena pastikan kelongsong lontong terendam dalam air supaya dapat dimasak sepenuhnya.

Lepas siap masak. Sejukkan selama satu jam. Kemudian barulah boleh dipotong untuk dimakan.




cara-cara masak lontong nasi... yang penting kena ada kelongsongnya....

4 comments:

  1. Assalamualaikum mia...senang nyer nak masak lontong....

    ReplyDelete
  2. Pertama kali saya tengok kak mia.. maklumlah..sy bukan org Johor kan... Hehe. Mcm jakun plak.. hehe

    ReplyDelete
  3. first time jumpa kelongsong tu, lama jgk ye masak 4-6jam cikna klu guna yg segera tu dlm 45mnt-1jam je,huhuu.... rumah cikna menu wajib laksa,ketupat palas

    ReplyDelete
  4. Tak pernah guna cara tu.. biasa atok sedara guna tin susu cantumkan kedua muka tin susu tu untuk hasilkan macam yang Mia buat tu.

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.