Opppsss... dah tiba masanya buat backup data handphone ke OTG Drive. OTG bermaksud On The Go. Saiz OTG Drive yang Mia beli ni sangat besar iaitu 1TB. Memang muat semua sumbat situ termasuk dokumen, gambar, video dan audio.

Akan stres kalau dah banyak sangat data dan storan hampir penuh, handphone boleh jadi lembab. Masa itu nak guna handphone, punyalah sakit hati.



Apa tidaknya.. paling banyak data kat folder whatsapp. Sabar menanti. Bila dah siap rasa leganya. Dah boleh kosongkan data kat handphone. Lajulah running apa-apa aplikasi lepas ni dan boleh snap gambar banyak-banyak.

Kalau tak nak kosongkan pun tak mengapa, asalkan dah buat backup data handphone ke tempat lain.. bila apa-apa berlaku seperti data hilang kat handphone, kita tak perlu risau. Boleh ambil dari data yang kita dah backup sebelum itu.


** sesekali kena buat backup dan housekeeping kat handphone...