Finalis Piala Malaysia 2017 : JDT vs Kedah




Finalis Piala Malaysia pada tahun 2017 ini melibatkan pertembungan dua pasukan gergasi bolasepak dari selatan dan utara tanah air iaitu JDT dan Kedah. Wahhh.... teruja. Perlawanan akan berlangsung pada hari ini Sabtu 4 November 2017 di Stadium Shah Alam. Pastinya hangat.

Dijangka semestinya satu pertarungan sengit akan dipamerkan oleh kedua-dua pasukan kerana pada musim ini JDT adalah Juara Liga Super manakala Kedah pula Juara Piala FA dan Piala Sumbangsih. 

Mia tentulah sokong pasukan JDT degan harapan setinggi menggunung agar JDT menang. Makanya, hari Ahad ini Johor akan cuti peristiwa. Seronoknya cuti. Tak pergi kerja. Oppsss.. bab cuti memang nombor satu. Hujung minggu yang merehatkan ditambah dengan Ahad lagi menjadikannya 3 hari bercuti. Berangan sekejap..

Apapun tak kira siapa yang menang nanti kita sebagai penyokong jadilah penyokong yang bertamadun dengan menyokong pasukan kesayangan kita walaupun ketika kalah dan jaga tatasusila tanpa melakukan provokasi yang melampau terhadap penyokong pasukan lawan sehingga menyebabkan rasa tidak selesa dan boleh menimbulkan perbalahan.

Mia nak pesan pada yang menaiki kenderaan ke Stadium Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan Piala Malaysia 2017 ini... agar berhati-hati di jalan raya dan semoga selamat pergi dan balik.




** Luaskan Kuasa Mu Johor vs Pulun Kedah Pulun... yeahhh...


Entri berkaitan :
Johor Cuti Peristiwa Hari Ini

Post a Comment

1 Comments