Tentu perasan, kan? Sekarang ini Mia dah semakin rajin update blog. Sebelum ini, Mia memang update blog setiap hari cuma kadang tidak menentu dan tidak berapa nak konsisten. Banyak juga entri yang di update backdated. Ada hari yang tiada update. Ada hari yang cuti dari blog.

Mia nak cuba update blog 4 entri sehari pada awal Januari 2018. Tetapi tidak kesampaian dek komitmen kerja di awal tahun. Idea nak update itu ada, tapi masanya itu yang tidak berapa nak cantik. Pengurusan masa agak tak menentu. Tiba-tiba ada itu. Tiba-tiba ada ini. Benda tak diduga timbul yang ianya bukan dalam perancangan Mia. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga diatasi. Syukur, masuk bulan Februari 2018 dah dapat catch up dengan momentum kerja tahun ini. 

Dengan gembiranya, Mia nak update blog 4 entri sehari dan kekalkan momentum berblog ke tahap yang termampu termasuk Mia buat entri-entri autopublish mengikut tarikh dan masa yang Mia tetapkan. Jadinya.. pagi, tengahari, petang dan malam ada update dari Mia. Sweetnya... harap sangat dapat konsisten selepas ini.. yeahhh...

Nak update blog... Mood, idea dan semangat yang kental memainkan peranan penting. Kalau ada idea, tapi tak ada mood pun tak jalan juga. Kalau ada semangat yang kental, gigih nak update blog, sibuk macam mana pun tetap akan ada luangkan masa sedikit untuk update blog. Pokok pangkalnya hati. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kena ceriakan mood nanti akan dapat hasilkan entri blog yang positif. Banyakkan membaca untuk memantapkan skil kemahiran menulis.

Motif utama yang Mia nak sampaikan dalam entri ini sebenarnya... rajin-rajinlah update blog walaupun entri itu sekadar perkongsian maklumat ke.. entri santai-santai ke.. entri semasa ke.. entri sendiri ke.. tak kisahlah kan.. janji ada update blog.

Jangan biarkan pengunjung blog ternanti-nantikan update terkini dari kita. Jujurlah dengan mereka kerana merekalah yang support blog kita, bagi trafik kat blog kita.. tanpa mereka, tiada maknanya blog kita...


** motivasi diri untuk update blog.. jomm...