Hmmm... ni kisah petang semalam sementara menanti buka puasa di SINI. Mia belek brochure promosi mesin jahit janome. Dapat dari booth kat Giant Tampoi.






Kebetulan.. Mia pula tengah survey mesin jahit yang pro. Yang ada kat rumah... jenis yang biasa.

Oh ya... progress menjahit baju dah capai matlamatnya. Baju kurung Sofea dah siap sepasang. Jubah Mia dah 50% siap.

Tu yang berangan... mana tahu akan serius di bidang jahitan pula lepas ni. Boleh jadi side income. Setakat ini jahit untuk sendiri dulu.

3 brand yang Mia survey. Singer, Brother dan Janome. Nak beli sekelepuk memang tak mampu. Nampaknya akan beli secara ansuran.

Mesin jahit Janome kat brochure ni.. memang menepati citarasa Mia. Tapi harganya RM2800 siap dengan kursus selama setahun di Danga City Mall.

Jadi beli ke tak... belum tentu lagi...

** mood berangan....