Projek menjahit di hujung minggu. Hanya pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja. Bertambah lah aktiviti Mia di rumah ini. Rasa gembira dapat buat sedikit demi sedikit.

Alhamdulillah... azam Mia tahun ini hampir tercapai. Bersambung dari entri SINI. Nampaknya bakal membuahkan hasil. Bermula dengan memotong kain untuk baju kurung Sofea. Ada juga tersalah potong beberapa pesak. Mungkin sebab pattern bunga menaik. Tu yang tersilap masa memotong. Namun digagahi juga. Part tebuk lubang kepala pun agak rumit juga. Tapi berjaya dibuat. Lepas siap jahit, Mia hantar jahit tepi kain. Dah 90% siap.. sepasang baju kurung Sofea sekarang ini. Tinggal nak kelim dan lipat bahagian bawah dan tangan baju Sofea serta tikam leher baju. Dah lama betul tak tikam, harap masih ingat lagi.

Antara gambar yang sempat Mia snap.... 







Memandangkan ada tersilap potong kain semasa nak potong baju kurung Sofea, jadinya kain itu tak cukup untuk Mia buat baju kurung. Bila dikira-kira... hanya cukup untuk buat jubah. Makanya tengah belajar buat jubah yang simple. Harap menjadi jubahnya.


** mood menjahit sendiri...