image Menginap di Hotel Sentral - Mia Liana

Friday, 26 April 2019

# Travelling Matters

Menginap di Hotel Sentral

Apa khabar kepada semua pembaca yang awesome sekalian? Harap-harap anda semua berada dalam keadaan yang baik-baik saja. Kali ni Mia nak cerita dengan korang kalau korang nak ke area KL especially nak ke KL sentral sebab ada urusan kerja atau personal, and korang tak nak ulang alik korang boleh find out cheap hotels in KL Sentral dan salah satu yang Mia nak suggest kat korang adalah Hotel Sentral KL. Hotel Sentral Kuala Lumpur terletak dalam jarak berjalan kaki ke stesen kereta api KL Sentral, dan mereka offer tempat penginapan asas dengan WiFi percuma. Terdapat restoran kat sekeliling dan parking percuma disediakan untuk guest yang drive.



Setiap bilik dilengkapi dengan aircon, TV flat screen dan kemudahan membuat kopi atau teh. Kemudahan menyeterika disediakan atas permintaan. Pengering rambut dan pancuran mandian terdapat di dalam bilik mandi suite. Guest boleh menikmati hidangan tempatan dan antarabangsa kat Starmint Coffee House. Koktel boleh didapati di Sentro Lounge. Pelbagai restoran India dan Malaysia berada dalam masa 2 minit berjalan kaki. Staff kat kaunter reception lak bersedia membantu korang dengan maklumat kawasan tempatan dan simpanan bagasi. Kemudahan lain yang disediakan termasuk perkhidmatan bilik dan penukaran mata wang. Little India terletak berhampiran, manakala Chinatown berada 1.9 km dari Hotel Sentral Kuala Lumpur. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur terletak 57 km dari hotel ini. Brickfields adalah pilihan hebat pelancong yang berminat dengan pengangkutan awam yang senang, lawatan bandar dan makanan tempatan. 



Actually kat sekeliling Hotel ni korang boleh jalan-jalan ke banyak tempat. Salah satunya Planetarium Negara, yang juga terletak di Lake Gardens, merupakan pusat pembelajaran yang didedikasikan untuk dunia astronomi dan sains yang interesting. Mempamerkan pelbagai paparan interaktif, ini adalah tempat yang popular untuk pelajar sekolah untuk mempelajari tentang planet dan alam semesta. Ada jugak ruang teater di mana dokumentari mengenai space atau klip dari filem-filem fiksyen macam Star Wars disiarkan. Kubah biru yang korang boleh nampak kat bangunannya adalah trademark Planetarium Negara, yang dapat dilihat dari jalan-jalan sekeliling untuk pengunjung yang melancong melalui teksi atau kereta. Planetarium Negara juga mempunyai teleskop di mana korang boleh melihat ke langit untuk melihat planet-planet jauh .




Muzium Kesenian Islam, muzium seni Islam terbesar di Asia Tenggara, menempatkan lebih daripada 70,000 artifak dari dunia Islam global. Known secara meluas sebagai salah satu tarikan terbaik yang ada kat KL, jarak dia berjalan kaki lima minit dari Masjid Negara di mana korang dapat melihat kubah turquoise biru besar di atas bangunan. Dihiasi dengan ruang yang terbuka dan dinding kaca besar yang membolehkan banyak cahaya semulajadi, rasa chill dan friendly untuk pengunjung apabila diorang memasuki muzium. Selain tu korang boleh pergi ke Pasar Sentral, juga dikenali sebagai Pasar Seni, merupakan salah satu mercu tanda Kuala Lumpur, syurga membeli-belah, serta tarikan pelancong yang popular. Terletak di sepanjang Jalan Hang Kasturi lebih kurang beberapa minit dari Petaling Street, Dulu sini pasar basah yang mudah pada tahun 1928 tetapi pada awal 1980-an telah dirombak menjadi outlet kraf tangan yang banyak. Pasar Sentral terletak di border bertentangan Kompleks Dayabumi dan merupakan bangunan gaya art deco dengan hiasan 'Baroque'. Sebagai pusat tumpuan masyarakat seni Kuala Lumpur, Pasar Sentral adalah center galeri seni, butik bebas, dan kios cenderahati dengan peniaga yang menjual barangan tempatan macam cetakan batik asli Malaysia dan karya seni tempatan. 



So disebabkan Mia dah bagi sikit info kat korang pasal apa yang korang boleh buat kat KL Sentral, next time korang boleh pergi dah experience sendiri. Nak lagi cun korang search online cheap Hotel Sentral Kuala Lumpur booking so that korang dapat offer yang menarik nanti. Sebab kalau korang walk in harga akan jadi lebih mahal dari biasa. Dalam dunia moden ni semua kat hujung jari je so korang gunakan jelah kemudahan yang ada. Lagipun selamat. Have fun!!!


** jommmm.... (^_^)


18 comments:

  1. Sekarang dah mudahkan kak..cuma kena rajin cari satu persatu je.

    ReplyDelete
  2. traveloka ..hihi...CM pernah check in Hotel tu kak Mia..MMg selesa..walaupun building lama tapi sentiasa diselenggara.

    New post CM :
    https://caramelmacchiyato.blogspot.com/2019/04/unwaiting-ramadhan.html

    ReplyDelete
  3. kira tempat stratergik jugaklah ni nak berjalan area KL kan

    ReplyDelete
  4. KIta baru balik dari Melaka dan menginap di Melaka Sentral gak hehehe.,.
    Harga berbaloi dan selesa beno ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang dicari... lebih menjimatkan dan selesa... paling utama.

      Delete
  5. Tenkiu mia for info..nanti boleh cuba hotel ini :)

    ReplyDelete
  6. Saya dok kl ni pun just lalu depan hotel je... belum penah check in disitu... nak wat pe kan ... umah pun kt kl

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je dok hotel semalam... sesekali amik mood luar....

      Delete
  7. waaaa kita duduk kat Hotel Sentral Melaka baru2 ni...then baru tahu Tok Aman Bali Beach Resort kat Kelantan pun under management yang sama!

    ReplyDelete
  8. tak pernah check in sini lagi. hope oneday boleh cuba menginap. strategik lokasinya.

    ReplyDelete