image Karnival Kerjaya Johor Bestari 2019 - Mia Liana

Tuesday, 16 April 2019

# Informasi Semasa

Karnival Kerjaya Johor Bestari 2019


Bestnya program ini. Kepada yang sedang mencari pekerjaan, bolehlah cuba hadirkan diri ke ‘Karnival Kerjaya Johor Bestari 2019’ anjuran Unit Strategik Modal Insan Johor (Unit SMI) dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor melalui Pusat JobsMalaysia Johor. Terdapat lebih dari 5,000 peluang kerjaya ditawarkan dan temuduga terbuka oleh 80 majikan pada 20 April 2019 & 21 April 2019 (Sabtu & Ahad) bertempat di Aras LG & GF, Galleria@Kotaraya Johor Bahru.

Perhatian. Anda di WAJIB kan untuk mendaftar dahulu di laman portal JobsMalaysia dan pastikan akaun anda aktif sebelum hadir ke program ini. Sila bawa ‘Resume’ dan berpakaian kemas. Semoga berjaya mendapatkan pekerjaan nanti!


Daftar di laman portal JobsMalaysia - https://www.jobsmalaysia.gov.my/jobsmy/home




Tarikh :
20 April 2019 & 21 April 2019 (Sabtu & Ahad)

Tempat :
Aras LG & GF, Galleria@Kotaraya Johor Bahru

Masa :
10.00 Pagi – 6.00 Petang 

Hubungi :
Tel : 07-2214673 / 018-6614672
Emel : unitsmi@johor.gov.my
Facebook : https://www.facebook.com/unitstrategikmodalinsanjohor

#KarnivalKerjayaJohorBestari2019


**jom datang beramai-ramai...


No comments:

Post a Comment