image Dapatkan Keuntungan Online Dengan Perdagangan Forex - Mia Liana

Wednesday, 15 July 2020

# Community

Dapatkan Keuntungan Online Dengan Perdagangan Forex

Rasanya nama Forex tidak asing lagi di mata masyarakat sekarang ini. Banyak kita dengar di sana dan di sini. Ada di kalangan kita yang dah berjaya jana pendapatan Forex hanya dari rumah. Memang hebat bukan? Tetapi tidak semudah itu yang kita sangkakan, banyak perkara yang perlu kita titikberatkan seperti perkembangan ekonomi semasa di dalam dan luar negara, kena belajar dari mereka yang sudah berpengalaman dan berkecimpung lama di bidang ini.

Selain itu, kena banyakkan buat kajian dan mendalami konsep forex trading ini sepenuhnya. Antaranya kena buat kajian tentang berita politik dan ekonomi, statistik dan reputasi ucapan awam orang-orang yang berpengaruh besar dalam mengenalpasti dan meramal pergerakan harga satu-satu mata wang di masa hadapan. Jika anda sangat berminat di bidang ini, anda berpeluang untuk menjadi seorang pedagang forex dan menyertai kumpulan usahawan mata wang.

Yang penting kita perlu rajin berusaha dan bersungguh jika benar-benar ingin mahir di dalam perdagangan Forex ini. Banyak terma yang digunakan. Mula-mula mungkin agak susah sebab ianya berisiko, tetapi lama-kelamaan setelah sudah biasa, segalanya akan menjadi mudah dan terancang. Bak kata orang, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.


Pertama kalinya, tentu kita tertanya apakah maksud sebenar Forex ini? Forex, FX adalah nama singkatan bagi 'foreign exchange'. Ia merupakan aktiviti perdagangan mata wang satu negara dengan mata wang satu negara lain di mana ianya adalah salah satu pasaran kewangan terbesar di dunia untuk perdagangan pelbagai mata wang dan membantu pelaburan dan perdagangan antarabangsa melalui transaksi pertukaran asing.

Jom tengok sekali imbas tentang Forex secara amnya.



Kalendar Ekonomi


Merujuk kepada kalendar ekonomi di atas. Di setiap tarikh dan masa ada senarai pelepasan ekonomi berjadual yang sesuai dengan salah satu mata wang Forex utama. Perhatikan waktu pelepasan: pastikan bahawa anda telah membuat penyesuaian untuk zon waktu anda. Anda dapat melihat bahawa semua berita mempunyai kesan yang berbeza iaitu semakin tinggi kesan ini, pergerakan pasaran yang lebih kuat diharapkan, jadi anda dapat memberi tumpuan kepada berita yang paling penting.

Sebilangan besar berita dalam kalendar mewakili petunjuk ekonomi dan mempunyai nilai berangka. Bacaan sebelumnya boleh didapati lebih awal. Ramalan ini adalah daripada ramalan antara 20 hingga 240 ahli ekonomi yang disurvei oleh agensi besar seperti Bloomberg, Reuters, dan lain-lain lagi. Bacaan sebenarnya adalah bacaan yang diterbitkan oleh sumber rasmi (agensi statistik negara atau pusat analisis). Bagi kebanyakan petunjuk atau indikator, jika bacaan sebenar lebih tinggi daripada ramalan, ia memberi maksud bahawa terdapat peningkatan positif bagi mata wang yang dimaksudkan.


Analisis Asas Dan Elemen Utama Perdagangan Forex

Berdasarkan infografik di atas, kita dapat simpulkan di sini sekiranya pengaruh ekonomi satu-satu negara baik dan memberansangkan, ianya akan menyebabkan nilai mata wang negara tersebut akan menjadi naik dan lebih tinggi. Begitu juga sebaliknya. sekiranya pengaruh ekonomi satu-satu negara tidak baik dan merosot, ianya akan menyebabkan nilai mata wang negara tersebut akan jatuh dan lebih rendah. Banyak faktor yang mempengaruhi ekonomi satu-satu negara tersebut antaranya inflasi, peperangan, bencana alam, krisis pandemik virus dan lain-lain lagi yang boleh memberikan impak besar terhadap masyarakat negara tersebut.

Nota : Semakin baik ekonomi negara semakin tinggi nilai mata wang. Semakin merosot ekonomi negara, semakin jatuh nilai mata wang.

Kalkulator Trader



Bagaimana kalkulator berfungsi? Anda perlu tahu bahawa terdapat beberapa parameter asas dalam perdagangan Forex yang boleh mempengaruhi potensi pendapatan atau kerugian anda. Setelah anda memilih jenis akaun yang anda miliki, alat perdagangan dan leverage yang anda suka, jumlah lot yang akan anda jual dan tanyakan / tawarkan harga pertukaran, anda akan melihat bagaimana semua parameter ini mempengaruhi spread, pertukaran margin atau panjang, pertukaran, saiz kontrak dan nilai titik. Berdasarkan maklumat yang anda dapati daripada kalkulator ini, anda dapat merancang tawaran anda secara menyeluruh bagi memastikan keuntungan yang bakal anda perolehi nanti.

Setelah memahami beberapa aspek penting dalam perdagangan Forex, jika anda berminat jom naik taraf keuntungan anda, berdagang dengan broker forex pada syarat yang terbaik. Tanpa ragu dan ianya diyakini dapat menyediakan pengalaman pelanggan yang terbaik dan memberi pelbagai peluang yang luas kepada pelabur Forex yang ingin mencapai impian di bidang ini.

7 comments:

  1. Now siapa yang melabur memang naik laaa ... rezeki kan siapa yang tau..

    ReplyDelete
  2. tak pandai benda2 gini.. Kena ada guru la sebelum melabur.

    ReplyDelete
  3. Tak reti main forex. Melabur kat orang pernah la, tapi rugi. Hehehe..

    ReplyDelete
  4. nak join kena sedia dari segi mental dan fizikal... baru berjya

    ReplyDelete