Bunga Garlic Vine Yang Pertama


Wahhhh.. betapa girangnya hati ini. Melihatkan anak pokok bunga Garlic Vine Mia telah mengeluarkan bunga-bunganya yang pertama pada pagi tadi. Cantik betul warna ungunya.


Nama Saintifik : Mansoa alliacea
Famili : Bignoniaceae
Nama Biasa : Garlic Vine, Bawang putih
Nama lain : Stefanot Ungu, Stepanot Ungu, Wild Garlic


Sejenis pokok bunga menjalar. Mia punya ini masih lagi kategori anak pokok belum besar lagi. Ianya dipanggil bunga bawang putih kerana bau kulit batang dan akarnya seakan bau bawang putih. Bunganya berwarna merah jambu hingga ke ungu tersusun bertangkai. Mood cerianya siang tadi.

Yang bestnya, pokok ini boleh dijadikan rawatan ubatan tradisional. Daun dan batangnya perlu direbus dan wap daripada rebusan ini disedut bagi mengubati sakit demam panas dan selesema manakala air rebusannya boleh  diminum untuk membunuh cacing.

** tak jemu mata memandang....

 

Post a Comment

4 Comments

  1. cantiknya bunga dia. kak mia cari kat nursery ke pokok ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni kakak angkat yang bagi kebetulan dia dah banyak sangat pokok ni...

      Delete
  2. betul, tak jemu mata memandang , cantik

    ReplyDelete