image Suntikan Dos Kedua Vaksin Di Dewan Muafakat Johor Taman Adda - Mia Liana

Sunday, 19 September 2021

# From Me # Health

Suntikan Dos Kedua Vaksin Di Dewan Muafakat Johor Taman Adda

Sebelum ini Mia ada cerita kat SINI tentang suntikan dos pertama vaksin Mia. Selanjutnya, Mia dapat temujanji dos kedua vaksin pada Khamis 9 September 2021. Kali ini Mia datang lebih awal sedikit dan alhamdulillah cuaca pagi itu cantik dan tidak hujan. Mia tak pakai baju sejuk memandangkan baju yang Mia pakai dah tebal.

Sampai-sampai saja Mia terus masuk ke dalam Dewan Muafakat Johor, Taman Adda, Johor Bahru. Kad vaksin wajib dibawa. Mujur tak ramai orang jadi tak lah Mia nak menunggu lama.


Debar-debar juga nak suntik dos kedua vaksin Pfizer ini. Sebab rata-rata kata yang kedua kesan sampingannya lagi teruk. 


Menunggu masuk ke Laluan Dos 2. Dalam hati alangkahnya girangnya, tidak ramai orang macam masa nak dos pertama dulu. Terlupa nak snap nombor giliran Mia kali ini.


Menunggu di ruang sini sebelum masuk ke ruangan menunggu luar bilik suntikan.


Selesai disuntik. Pada masa ini, tangan kiri dah mula lenguh dan berat. Ada rasa denyut-denyut di tempat yang dicucuk. Rasanya dos kedua ini lagi kuat. Sebab masa yang dos pertama dulu, selepas suntik tiada rasa macam ini.


Menunggu nombor giliran dipanggil untuk ambil kad vaksin yang dah siap serta lihat update terkini dalam aplikasi MySejahtera.


Alhamdulillah. Selesai sudah urusan suntikan dos kedua vaksin di sini. Moga kita semua dilindungi. Masuk saja ke dalam kereta, cepat-cepat Mia telah panadol activfast dua biji. Sampai rumah, terus rehat dan tidak buat apa-apa kerja.


Sehingga ke entri ini ditulis, Mia dah sihat sepenuhnya. Kesan sampingan yang Mia alami selepas suntik dos kedua vaksin ialah mudah rasa penat dan badan rasa dedor. Suhu paling tinggi 38°C. Ada alami alergik gatal-gatal tetapi selepas makan ubat dah semakin pulih. Rasa syukur sangat. Jika dibandingkan dengan kesan selepas dos pertama, dos kedua kali ini tidak seteruk dos pertama. 



11 comments:

  1. welcome #pfizerclan.
    kesannya lapar je kat eca kak. tpi slps 2mnggu cmtu, tonsil teruk gak...xthu kesan vaksin ke mmg time tu kurang mnum air

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Semoga sihat sahaja hendaknya. Tahniah dah complete 2 dos

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Dh nak habis tempoh 14 hari.

    Semoga kita semua terpelihara

    ReplyDelete
  4. Tahniah kak Mia dah cukup 2 dos. Saya Khamis depan dos kedua Pfizer juga. Sama la dos pertama tak teruk sangat. Risau pula dos kedua pasni haha

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Thanks Mia kerana bercerita yg best2 saja tentang second doz. Hihi. At least memberikan semangat kpd yg lain.

    ReplyDelete
  6. Kita sini dah lama dua dos..ada tak Dos ke 3..alamak..berfikir juga..hehehe

    ReplyDelete
  7. tahniah. abe kie pun dah fully vaccinated. tp dpt sinovac je. tipah tertipu. mujurlah x de apa2 kesan sampingan.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Tahniah kak mia..2nd dose shida bulan 10 nanti..lebih kurang 2 mggu lg dari skg..AZCLAN

    ReplyDelete