SKmagicCares sokong PICK

Bagi menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, syarikat peralatan rumah terkemuka dari Korea Selatan, SK magic telah melengkapkan Pusat Vaksin Covid-19 (CVC) dan hospital-hospital rawatan penyakit berkenaan dengan penulen udara dan penulen air. Ini merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat, SKmagicCares bagi menyediakan udara dan air yang segar lagi bersih kepada petugas barisan hadapan serta khalayak ramai.

“Sebagai sebuah syarikat, kami sentiasa mencabar diri kami dan berinovasi bagi mencari ikhtiar memastikan setiap orang dapat menjalani gaya hidup yang sihat lagi berkualiti. Selari dengan misi ini, program CSR SKmagicCares kami bermatlamat melakar dunia yang lebih baik menerusi perubahan positif dalam kalangan masyarakat, dengan menyediakan udara dan air bersih kepada rakyat Malaysia menerusi kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan,” kata Kim Kyung Won, Pengarah Urusan SK magic Malaysia.

Fasa pertama inisiatif SKmagicCares telah menyumbangkan penulen udara dan penulen air SK magic bernilai sejumlah RM330,000, yang ditempatkan secara strategik di seluruh Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, dan Columbia Asia Hospital - Puchong.



“Dengan beribu-ribu orang mengunjungi CVC setiap hari, ditambah pula dengan peningkatan jumlah kes dan kemasukan hospital, sumbangan kemasyarakatan program SKmagicCares kami disasarkan kepada CVC dan hospital rawatan Covid-19. Ketika rakyat Malaysia berusaha ke arah mencapai imuniti kelompok sebagai sebuah negara, aspek kesihatan dan langkah keselamatan seperti penjarakan sosial, kebersihan dan pemakaian PPE kekal diutamakan. Justeru, kami berazam memperkukuhkan lagi langkah-langkah kesihatan dan keselamatan ini di CVC dan hospital rawatan dengan meningkatkan kualiti udara, di samping menyediakan petugas barisan hadapan serta khalayak ramai dengan air minum yang bersih dan segar untuk penghidratan.”

“Kami amat menghargai komitmen, sumbangan dan pengorbanan petugas barisan hadapan sejak tercetusnya wabak ini, dan berharap sumbangan ini akan membantu meningkatkan lagi keselamatan mereka ketika menjalankan tugas, selain memberi kelegaan kepada para pengunjung di CVC serta pesakit yang menjalani rawatan,” ulas beliau.

Penulen udara dan penulen air disumbangkan oleh SK magic terdiri daripada Motion Air Purifier, Twin Air Purifier dan WIZ S Water Purifier, yang akan terus menyediakan udara dan air bersih kepada rakyat Malaysia di lokasi-lokasi berkenaan walaupun setelah tamatnya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kelak.

Penulen udara SK magic dapat menyingkirkan bakteria bawaan udara, hama debu dan zarah-zarah lain yang berbahaya dalam udara secara cekap melalui penapis HEPA canggih, sekaligus menyegarkan udara dalam sekelip mata. Penulen airnya pula dilengkapi sistem penulenanan canggih dan Sterilisasi UV ‘Dual Tap’ yang mampu menyingkirkan virus-virus berbahaya semasa membekalkan air bagi menjamin kesegaran dan kebersihan air minum.

“Kami di SK magic ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan-rakan kerjasama kerana meyakini kami dan berkongsi tekad yang sama untuk melindungi semua orang semampu yang boleh. Bagi kami, ini merupakan satu perjalanan yang progresif dan berterusan, dan kami berharap dapat terus menyediakan air dan udara bersih kepada rakyat Malaysia menerusi Program CSR SKmagicCares kami,” tambah beliau.


Mengenai SK magic
SK magic diasaskan pada tahun 1985 dan merupakan perniagaan pertama di pasaran yang menghasilkan peralatan ketuhar gas dan pembasuh pinggan mangkuk. Sebagai salah satu subsidiari Kumpulan SK, SK magic telah berkembang menjadi perniagaan yang terkemuka dalam sektor peralatan rumah berasaskan teknologi canggih yang unik serta pengurusan kualiti yang optimum. Pada Disember 2018, SK magic Malaysia telah ditubuhkan dan ia merupakan cabang terulung di Asia Tenggara. SK magic telah dianugerahkan Innovasi CES 2020 untuk ‘Motion Air Purifier’ dalam kategori kelengkapan rumah pintar, serta ‘All-in-one JIKSOO RICH Ice Water Purifier’ dan ‘Triple Care Dishwasher’ dalam kategori peralatan rumah. SK magic memanfaatkan pengalaman selama lebih 30 tahun untuk meluaskan capaiannya dalam pasaran sewaan peralatan yang sedang berkembang pesat. Kumpulan SK merupakan syarikat kedua terbesar di Korea dengan anggaran pendapatan sebanyak USD107 bilion (RM450 bilion) pada tahun 2020.

Post a Comment

2 Comments