Bersauna Dan Facial

Aktviti Mia pada pagi hari Sabtu yang lepas. Punyalah lama Mia booking dari awal bulan sebab banyak tarikh fully booked kat Bakawali Spa, Taman Universiti, Skudai. Mia buat dua rawatan untuk sauna dan facial. Dah biasa buat kat sini jadi Mia teruskan saja.

Rasanya kali terakhir Mia buat rawatan spa ini semasa sebelum mula PKP tahun ini. Bayangkan dah berbulan lamanya tidak berspa. Mia selalu pilih jam 9.00 pagi untuk bersauna dan facial dan akan habis hampir jam 12.00 tengahari.

Jom tengok...


Mula-mula Mia berstim dan bersauna dengan sauna infrared. Duduk setengah jam dalam ini, boleh berpeluh berjurai-jurai dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Rasa puas dapat berpeluh banyak. maklumlah hari-hari kerja dalam aircond. Rasa lega dan segar selepas buat rawatan ini.


Selepas itu baru Mia buat facial. Pakej facial treatment yang Mia selalu ambil ialah pakej Cantik Bakawali. Lama juga dalam 2 jam tempohnya. Biasalah, lumrah wanita. Kalau tak berspa, tak sah.


** me time....



Post a Comment

0 Comments