image Jom Bercuti Ke Pulau Langkawi - Mia Liana

Wednesday, 24 November 2021

# Travelling Matters

Jom Bercuti Ke Pulau Langkawi

Wahhhh.. terasa begitu bestnya apabila kerajaan telah membuka Pulau Langkawi sebagai destinasi pertama dalam sektor pelancongan domestik dengan syarat hendaklah mematuhi kriteria SOP yang telah ditetapkan. Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Apabila dah terlalu lama tidak dapat keluar rumah akibat pandemik Covid-19 ini, memang inilah yang diharapkan. Anak-anak dah terlalu bosan duduk di rumah saja sambil belajar pdpr online. Bercuti adalah cara dan terapi terbaik untuk menenangkan dan mententeramkan minda serta jiwa. Rasa lebih ceria sambil menikmati keindahan semulajadi, kelainan budaya, sejarah dan aktiviti penduduk setempat di Pulau Langkawi.


Mia pun ada juga buat tinjauan ke beberapa tempat pelancongan yang menarik untuk percutian seisi keluarga di Pulau Langkawi. Manalah tahu, boleh pergi bercuti ke sana dengan Sofea dan Adik Mia. Nak ke sana, naik kapal terbang lah jawabnya.


1. Dataran Lang Pulau Langkawi


Dataran Lang adalah tempat yang paling wajib dikunjungi. Percutian di Langkawi tidak akan lengkap sekiranya tidak bergambar atau berswafoto di Dataran Lang. Salah satu trademark Langkawi yang terkenal iaitu replika helang gergasi setinggi 12 meter. Menjadi tumpuan utama dan mercu tanda para pelancong dengan lokasinya bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah. Terasa tak sabarnya Mia nak ke sini. Rasa kagum sangat.


2. Shopping di Pekan Kuah


Salah satu faktor utama Pekan Kuah menjadi pilihan ramai untuk membeli-belah adalah kerana pulau ini bebas cukai dan juga harga barang di sini jauh lebih murah dari tempat lain. Antara tempat shopping yang popular ialah Idaman Suri, Kompleks HiG (Haji Ismail Group) Duty Free Mall, Langkawi Saga Shopping Centre dan RAMS Home Decor Langkawi. Macam-macam barangan ada dijual termasuk pinggan mangkuk, periuk belanga, minyak wangi, coklat dan lain-lain lagi. Bak kata orang ibarat syurga membeli-belah bagi kaum wanita. Nampak gayanya Mia kena standby duit siap-siap untuk shopping nanti. Banyak juga nak beli ni. Alang-alang dah sampai sini pasti akan tershopping juga. Memang tak boleh elak.


3. Kota Mahsuri



Kota Mahsuri merupakan tempat yang paling bersejarah di Langkawi dan wajib dilawati. Terkenal dengan warisan dan sejarah dengan daya tarikan utamanya lagenda Makam Mahsuri. Selain pameran artifak dan sejarah di bangunan Kota Mahsuri, ada juga tempat menarik di sini antaranya rumah tradisional perkampungan Kedah, Telaga Mahsuri, Muzium Mahsuri, Pusat Informasi, Kiosk Makanan Ringan dan Kedai Cenderahati. Boleh beli beberapa jenis cenderahati buat kenangan dan hadiah buat rakan dan saudara.


4. Kereta Kabel Langkawi (SkyCab Langkawi)


Tidak sah kalau tidak ada aktiviti yang begitu mencabar keberanian di tempat tinggi. Perlu kuat semangat dan cekal hati kalau nak naik kereta kabel Langkawi (SkyCab). Abaikan perasaan gayat. Tersangatlah rugi kalau lepaskan peluang naik SkyCab. Apa tidaknya, pengunjung boleh menikmati keindahan pemandangan semulajadi flora dan fauna sambil merentasi kehijauan hutan tebal yang sangat unik bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Pastinya dapat abadikan kenangan terindah di sini.


5. Underwater World Langkawi


Underwater World Langkawi sangat popular sebagai destinasi pelancong yang berkeluarga yang mempunyai anak-anak sejak mula beroperasi pada tahun 1995.  Pengalaman dan pendedahan terhadap hidupan marin laut sebenar yang pelbagai dan interaktif sangat menambat hati. Berjalan dan menikmati gelagat dan karenah hidupan laut bergerak dan berenang di sebalik cermin akuarium pasti mengujakan. Penguin, jerung, ikan pari, anjing laut, penyu dan udang kara antara hidupan laut yang mendapat tumpuan utama pengunjung. Nampak sendiri di depan mata tidak sama seperti melihat di kaca tv. Perasannya akan lebih menyeronokkan sambil bergambar atau berswafoto seisi keluarga.


Fiuhhh.. Ada banyak lagi tempat menarik di Pulau Langkawi tetapi Mia hanya senarai pendekkan kepada 5 tempat sahaja berdasarkan citarasa Mia.


Oh ya.. perkara penting seterusnya dalam bab bercuti ini kenalah pandai pilih hotel yang selesa dan bersesuaian dengan bajet kita. Lagi bagus kalau dapat menginap di hotel yang berdekatan dengan tempat menarik yang kita dah rancangkan. Boleh cuba tengok Hotel Promo di Traveloka atau senarai Hotels in Langkawi yang menepati kehendak kita serta berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Yang best sekali, percutian ke Pulai Langkawi akan menjanjikan keseronokan dan kegembiraan untuk seisi keluarga.


** family vacation....


3 comments:

  1. ammi tak pernah sampai pun Langkawi..sedih je kan

    ReplyDelete
  2. Teringin nak pergi sana. Tapi cuti tahun ni dah fully reserved untuk ber-camping. Ha3
    Next year jelah.

    ReplyDelete
  3. Dulu belajar kat Kedah rajin pergi. Last pergi ikut jeti Kuala Perlis dah tak ada gerai Ketam Kukus. Banyak dah berubah.

    ReplyDelete