image Beli Periuk Nasi Baru - Mia Liana

Sunday, 14 November 2021

# Dari Dapur Mia

Beli Periuk Nasi Baru

Kisahnya pada satu hari di bulan lepas, awal pagi Mia ke dapur, ada sesuatu telah berlaku dan periuk nasi sudah tidak boleh digunakan. Mia mula guna sejak tahun 2016. Nampaknya hayatnya tak lama. Terpaksa buang satu set periuk nasi termasuk wayar dan kabel sekali.

Petangnya, Mia ke kedai barangan elektrik yang berdekatan dengan rumah. Lama juga memilih. Tetapi mata tetap tertumpu pada periuk nasi berwarna pink. Terus pilih yang ini saja. Nak buat macam mana. Dah Mia ni suka warna pink.

 
Automatic Rice Cooker
Toshiba RC-T18 FSIM(SP)
1.8L
249V AC 50-60Hz


Leganya. Mujur harganya bawah RM200. Masih dalam bajet Mia. Moga dapat digunakan dengan lebih lama lepas ini. 

 ** barangan elektrik terpenting di dapur....


3 comments: