image Bisnes Hampir Tutup, Richworks Bantu Ubah Mindset - Mia Liana

Saturday, 12 February 2022

# Tips

Bisnes Hampir Tutup, Richworks Bantu Ubah Mindset

Buka bisnes tapi tak pandai buat tak guna. Nak buat bisnes mesti kena ada ilmu. Wajib kena cari ilmu untuk kembangkan perniagaan supaya usaha yang dijalankan mendapat hasil yang setimpal. Jangan takut menghadapi cabaran dalam dunia perniagaan. Pastinya ada masa turun dan ada masa naik.

Yang penting kena rajin berusaha dan kena cari ilmu supaya bisnes yang dijalankan boleh bertahan. Tak dinafikan banyak perniagaan mengalami kerugian terutama dengan keadaan negara yang terkesan akibat pendemik dan banjir baru-baru ini.



Untuk pengetahuan kalian, ramai peniaga mengalami masalah yang teruk kerana kehilangan harta benda, kerosakan premis, masalah kediaman rosak setelah dimasuki air, kehilangan kenderaan dan banyak lagi. Yang penting kena terus bersabar dan kembali bangkit semula dengan segera.

Tak dinafikan dari apa yang berlaku keadaan ekonomi semakin berubah secara drastik. Pembeli pula menjadi semakin kurang membeli kerana masing-masing ingin lebih kepada keadaan berjimat cermat.

Sebagai peniaga perlu memahami keadaan semasa yang berlaku. Ini semestinya boleh memberi kesan kepada perniagaan dan jika terus dibiarkan, boleh menyebabkan perniagaan gulung tikar.



Bagi menyelamatkan perniagaan perlu kembali agresif dan jangan biarkan perniagaan menjadi lemah. Kena bangkit segera untuk bersaing dan memahami keadaan semasa supaya perniagaan dapat diselamatkan.

Salah satu pihak yang memberikan perkhidmatan servis ilmu dalam dunia perniagaan adalah visual-visual mengajar para peniaga yang ingin berjaya untuk mengetahui keadaan semasa dan apakah tips-tips ilmu berkaitan perniagaan yang boleh digunapakai ini adalah RichWorks.

Pengasas RichWorks iaitu Datuk Wira Dr Azizan Osman turut memberitahu perkara yang sama tentang keadaan semasa.

Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.

Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.

Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.



Tindakan Dr Azizan Osman ini sedikit sebanyak dapat melihat dan memantau apakah keadaan peniaga-peniaga dalam negara sekarang. Ternyata banyak yang sedang bermasalah atas sebab yang hampir serupa.

" Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup. "

" Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran. "

" Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini? "

" Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa. Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'! "



Dalam usaha untuk membantu membangkitkan peniaga yang sedang mengalami masalah inilah, Dr Azizan Osman bersama pasukannya, nekad untuk menolong memberikan ilmu-ilmum tips-tips dan peringatan tentang keadaan semasa ini supaya para peniaga dapat kembali bangkit dan tidak terus jatuh terduduk.

" Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat? Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi. "

" Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan. Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini. "

Cabaran berniaga memang ada. Kuncinya jangan berputus asa. Tidak ada kawan yang memahami boleh cari mentor seperti Datuk Wira Dr Azizan Osman ini.

Inshallah, beliau bersama pasukannya sentiasa berusaha untuk ada bagi memberi bimbingan berkaitan ilmu perniagaan dan pemasaran kepada sesiapa yang memerlukan.



Salah satu cara untuk mendapatkan ilmu dengan mudah dan peringatan tips-tips berguna yang sesuai untuk peniaga-peniaga boleh ikuti program Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman pada setiap hari Ahad dalam bulan Februari di sepanjang tahun 2022 ini.

Sesiapa saja dialukan untuk ikut serta. Selamat menggali ilmu!

3 comments:

  1. Tahniah DAO dan semua peserta yang terlibat..

    ReplyDelete
  2. moga syarikat ini terus berkembang dan terus membantu usahawan melayu malaysia.

    ReplyDelete
  3. Tahniah.. alhamdulillah smoga dpt mmbantu usahawan yg lain

    ReplyDelete