Hmmm... gawat betul pada awal pagi hari ketiga Kursus Microsoft Excel Advance semasa Mia sedang packing baju di bilik hotel, boleh pula tercabut zip beg baju Mia. Dahlah beg ini, beg favourite Mia untuk travel outstation 3 hingga 4 hari.

Cari punya cari mujur ada brooch dan pin spare dalam beg laptop. Terus Mia lekatkan macam itu.


On the way balik ke Johor Bahru dah mula tanya kawan-kawan kat mana nak repair zip beg. Beg masih elok dan boleh digunakan lagi walaupun dah lama guna. Cuma zip saja yang tercabut. Rugi sangat. Takkan kerana satu zip yang tercabut, langsung tak boleh guna beg ini. Hmmm..

** doa dalam hati agar dipermudahkan urusan repair beg ini....


Update pada 29/10/2023 - Tukar Zip Beg Di Pasar Peladang Skudai di SINI