Happy 18th Anniversary @ LPNM

Alhamdulillah... Hari ini genaplah 18 tahun Mia berkhidmat di LPNM. Dulu Mia masuk kerja tetap di sini pada 14 November 2005. Sebelum itu, Mia kerja kontrak di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (sekarang dikenali sebagai Majlis Bandaraya Iskandar Puteri). Jawatan yang sama Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29. Sekarang ini dah naik gred kanan, FA32 secara time-based.

Walaupun sudah ada segulung ijazah, ada juga mohon tetapi masih belum ada rezeki lagi untuk dapat jawatan kumpulan pengurusan dan profesional. Apa-apa pun Mia syukur sangat Mia masih sihat dan boleh kerja sehingga ke hari ini.

Jom tengok sambutan bersama rakan sekerja yang masuk LPNM sama batch dengan Mia. Mana yang ada di pejabat HQ sahaja. Ada yang cuti, outstation dan ada juga yang bertugas di pejabat-pejabat negeri. Nak kumpul semua memang takkan dapat.


Simple macam mana pun tetap kena celebrate dan reward diri sendiri.

Kek Blackforest dari SDS. Sedap tau. Wajib potong kek,  rutin setiap tahun.

Banyak gambar sebenarnya kami ini. Tetapi Mia cuma share dua gambar di bawah ini sahaja sebagai kenangan. Happy 18th Anniversary @ LPNM. Semoga kami semua dapat meneruskan kerja di LPNM dengan sihat dan ceria hendaknya.



** intake batch tahun 2005.. dalam 60 lebih orang masa itu...


Post a Comment

3 Comments