Minum Air Chocolate Milkshake

Hmmm... minuman favourite Mia ketika stres ialah Chocolate Milkshake. Dalam hidup ini, kita semua tidak boleh lari dari menghadapi stres. Kadang stres dengan kerja. Stres dengan keluarga. Stres dengan kawan-kawan dan ada juga stres dengan perangai diri sendiri.

Selalunya Mia akan stres disebabkan kerja. Kadang rasa macam tak mampu nak buat. Kadang rasa macam tak cukup masa nak buat. Kadang juga rasa tak tahu nak buat. Jadinya.. Mia layan minum Chocolate Milkshake. Macam healing gitu. 



Sedap dan tenang. Rehatkan minda dan fokus pada penyelesaian supaya tidak stres. Selepas itu, urusan kerja menjadi mudah bila ada semangat yang kuat dan kental. Tak tahu, boleh belajar. Tak cukup masa, kena pandai buat jadual dan uruskan masa dengan cekap. Tak mampu nak buat, positifkan diri. Alhamdulillah.... dapat juga atasi stres. Terpulang pada keadaan masing-masing. Hidup perlu diteruskan walaupun diuji.

** bermonolog seketika...



Post a Comment

1 Comments

  1. Memang lah, saat kepala jenuh, stress, minuman manis itu sangat membantu utk release tension. Saya sebenarnya dah mengurangi manis, tapiiii tiap kali stress yg macam butuh pelampiasan, saya pilih minuman manis biasanya kopi susu. Setelah itu pasti jadi semangat lagi 😄

    ReplyDelete