Kisah aktiviti outstation kali ini membawa Mia dan dua orang rakan sekerja ke Cyberjaya bagi menghadiri program Technology Update 2026: Ke Arah Masa Depan Digital (kisahnya di SINI) pada Khamis, 8 Oktober 2026. Kami bertolak sehari lebih awal iaitu pada Rabu, 7 Oktober 2026, dan bermalam di Mercure Living Putrajaya Hotel. Sebenarnya sudah beberapa kali Mia menginap di hotel ini, namun baru kali ini berkesempatan untuk berkongsi review hotel ini di blog.
Hotel ini beroperasi di dalam Menara Shaftsbury (Block A, Presint 1) yang merupakan bangunan tertinggi di Putrajaya dan bersambung secara langsung ke Alamanda Shopping Centre melalui jambatan jejantas pejalan kaki (direct pedestrian flyover bridge).
Oh ya... untuk pengetahuan anda, hotel ini berkonsepkan service apartment dengan 299 unit pilihan. Ia merangkumi Studio Executive Suite serta apartment 1 hingga 2 bilik.
Paling menarik, ruang dapurnya sangat lengkap dengan konsep terbuka (open-plan kitchen). Semuanya tersedia dari dapur elektrik, ketuhar gelombang mikro, peti sejuk bersaiz besar, peralatan memasak sehinggalah mesin basuh dan pengering pakaian.
Kali ini kami menginap di unit 2704 yang mempunyai 2 bilik tidur, memang sangat selesa untuk kami bertiga. Jom kita tengok keadaan dalam bilik...
Suasana dalam unit ini sangat selesa dan mendamaikan... serba lengkap dengan semua keperluan yang kami perlukan. Recommended.
Dari dalam unit ini, kami boleh menikmati pemandangan luar yang sangat luas dan menenangkan. Bak kata orang saujana mata memandang.
Untuk sarapan pagi, kami makan di Volcano Shabu Shabu & Grill. Restoran hot pot dan syabu-syabu halal ini memang menawarkan pelbagai pilihan menu yang menyelerakan... jadinya steamboat terus menjadi pilihan utama kami.
Secara keseluruhannya, Mia sangat berpuas hati dengan servis hotel ini. Mia sendiri sudah beberapa kali menginap di sini disebabkan layanan servis yang terbaik.
* unit apartment nya selesa untuk berehat... juadah makanannya sedap belaka....















0 Comments