Technology Update 2026: Ke Arah Masa Depan Digital

Mia dengan rakan sekerja Mia hadir Technology Update 2026: Ke Arah Masa Depan Digital pada Khamis 8 Oktober 2026 di Cyberjaya. Bos Mia pun join sama. Kiranya macam sesi taklimat tentang pendedahan technologi terkini Artificial Intelligence (AI) yang boleh digunakan sepenuhnya dalam mempermudahkan urusan kerja seharian. Antaranya ialah pengurusan chatbot, pengurusan mesyuarat, rekabentuk grafik poster, penyediaan slide pembentangan dan penyedian borang online yang pelbagai (create sendiri untuk dapatkan input dari user).  Lain-lain teknologi pun ada juga disentuh secara ringan untuk pemahaman secara am.








Bekerja di Unit Pengurusan Maklumat dengan jumlah kakitangan yang sangat terhad sememangnya mencabar dan bukan calang-calang. Dalam dunia Information Technology (IT) yang berkembang terlalu pantas, kami perlu sentiasa peka dengan teknologi terkini agar tidak ketinggalan. Kadang-kadang terasa tidak terkejar untuk menguasai semuanya kerana perlu membahagikan masa antara tugasan hakiki dan proses pembelajaran. Namun, segala cabaran ini tetap kami gagahi juga.

* sentiasa kena update...

Post a Comment

0 Comments