Selepas check-in di Mercure Living Putrajaya Hotel (review Mia di SINI) dan berehat seketika. Kami keluar brisk walking ke Alamanda Shopping Centre. Jalan dekat terus ke belakang tetapi kami jalan ikut laluan pejalan kaki untuk jogging yang ada berhadapan dengan hotel. Bak kata orang pucuk dicita ulam mendatang.
Masuk Alamanda Shopping Centre melalui Pintu Utara (North Entrance) dan kami teruskan berjalan di dalamnya, pusing keliling beberapa kali setingkat demi setingkat sehinggalah terasa agak lapar dan terus ke food court.
Menu nasi ayam paprik dengan air minuman honey lemon jadi pilihan Mia. Buat alas perut di sebelah malam, kami ada beli beberapa kudapan ringan. Selesai saja urusan terus jalan kaki balik ke hotel dengan jalan dekat.
Hasil brisk walking di sekitar laluan jogging hotel dan dalam Alamanda Shopping Centre adalah sejauh 3.46 km dengan tempoh masa 47 minit.
Mia enjoy bsangat risk walking dengan rakan sekerja sambil chatting. Sebab itulah tidak perasan masa berlalu dengan cepat. Tup-tup dah 3.46km apabila sampai di food court.
* santai petang...










0 Comments