Study... Mid Term Exam... Assignments...


Terima kasih lah kerana sudi datang ke blog Mia. Kengkawan bloggers tak putus-putus datang sini dan klik iklan nuff Mia. Mia hanya dapat balas kunjungan itupun pada waktu malam. Jangan kecil hati kalau Mia terlupa nak follow balik. Tinggallkanlah mesej di dalam ShouBox. Aktiviti dan jadual harian Mia pula semakin ketat sekarang ni.

Kalau minggu lepas Mia sibuk dengan PTK, Penilaian Tahap Kecekapan untuk kakitangan kerajaan. Minggu ni pula adalah minggu kritikal bagi Mia. Apa tidaknya, Mia ada 2 assignments yang perlu disiapkan untuk Subjek Object Oriented Approach in Software Development tentang Air Asia Online Ticketing System dan Subjek English for Oral Communication tentang "What Makes Me A Malaysian".

Rangka untuk assignment dah ada. Lecturer pun banyak tunjukajar. Walaupun masa terhad untuk berjumpa, Mia gunakan sepenuhnya untuk tanya itu dan ini lepas habis kelas semalam.

Mia perlu adakan masa study, untuk mid-term exam bagi Subjek Professional Ethics pada hari Khamis ni. Nasib baik satu subjek je yang kena mid-term exam.


Nampak macam senang. Bagi pelajar sepenuh masa memang ada masa yang cukup. Bagi Mia, huhuhu ..berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Bukan senang, Sofea pula sekarang pantang kalau maknya buka buku ke... buka komputer ke... suka betul mengacau. Budak nak membesar memang macam tu. Semua benda dia nak pegang, usik dan dibuat main. Terpaksalah tidurkan dia dulu, itupun pukul 12.00 malam baru dia boleh tidur.

Dalam pada ini, kesihatan perlu dijaga juga. Minggu lepas Mia macam demam sekejap, mungkin letih baca buku tentang kerajaan (akta,pekeliling,GO). Suami Mia belikan Jus Manggis Shamelin... alhamdulillah badan rasa ringan dan Mia bertenaga, taklah letih macam minggu lepas. 

Apa-apa pun bekerja sambil belajar, cabarannya terlalu kuat. Kalau hilang semangat, boleh berhenti di tengah jalan. Sokongan moral dari keluarga amat penting.

Post a Comment

21 Comments

  1. sabar je...
    tu just dugaan...

    memang mencabar study tapi dah berkerja...

    ni ingat nak ambik Master.. tp cam x sempat je.. tgk la nanti dh ada masa ambik gak...

    ReplyDelete
  2. selamat belajar ye kak
    semakin kuat dugannya semakin terasa la kemanisannya nanti
    hehe
    semoga sentiasa bersemangat
    hehe

    ReplyDelete
  3. salam..tahniah saya ucapkan.teruskan perjuangan..

    ReplyDelete
  4. smoga akk bjaya hbskan study walaupun bnyk cabarannya.. bkn senang slm satu masa nk buat semua benda, tmbh lg sofea masih kecil...

    hope u will get what u want.. doa bnyk2 smoga allah permudhkan segala urusan akk...

    ReplyDelete
  5. respect sama ini mommy..xmacam gua yang malas...

    ReplyDelete
  6. waaa... adult learner la kiranya ya. bagus3. moga dpermudahkan sgala urusan & tcapai sgla hajat. insyaAllah...

    ReplyDelete
  7. semua bagi semangat.. hehehe..
    jgn putus asa...

    ada minat.. tambah usaha dan doa...
    insyaallah.. semua kepahitan ni akan terasa manis akhirnya... :p

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas sokongan kengkawan semua. Mia amat hargainya.

    ReplyDelete
  9. salam kak,

    oo,akak sambung blajar ea, semoga Allah permudahkan urusan akak, lagi2 akak seorg ibu,nk uruskan rumahtangga sambil study mmg kena kuat semangat, dan pahalanya pun..mashaAllah.. good luck kak :)

    ReplyDelete
  10. good luck............... kami sentiasa menyokong anda.... chewahhh!!

    ReplyDelete
  11. aka buat pjj ke ? wah!
    teruskan usaha. good luck :)

    ReplyDelete
  12. all da best kak..jgn ptus asa, qaseh doakan akak sntiasa sukses

    ReplyDelete
  13. salam..
    Kalau memang dah ada minat..semuanya tak jadi masalah..cuma tanggungjawab lain jgn diabaikan

    ReplyDelete
  14. Salam perkenalan...Memang bercita2 untuk menyambung MAster. Tp, sampai sekarang masih lagi belum kesampaian.

    ReplyDelete
  15. moga akak berjaya ye..akak blh tue..chaiyok2..=)

    ReplyDelete
  16. Betul tue kak Mia kuatkan semangat.. Good Luck!
    Semoga Allah permudahkan segalanyaa~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear... ni entri lama, masa tu kak mia tengah study part time degree kat oum. habis belajar tahun 2012..

      Delete