Tak perlu nak beritahu lagu mana yang Mia maksudkan... tentulah lagu Waka Waka yang dinyanyikan oleh Shakira... Sofea suka betul tengok videonya.

Tadi lepas buka kat youtube.com, Sofea baru lah boleh tidur.. Kecik-kecik lagi dah pandai pilih lagu mana yang dia suka. Mana taknya masa mengandung dulu Mia suka karaoke... semua lagu pelbagai bangsa. Mia suka lagu Korea, Sepanyol, Brazil, Jepun dan mana-mana lagu yang unik. Tension dengan kerja ke.. dengan study ke... Mia henjut nyanyi karaoke kat rumah sampai berjam-jam. Yang pastinya waktu azan, tidak diganggu.

Tengok bola tak minat, jangan marah ye... peminat fanatik bola. Mia dan suami hanya suka nak  tahu keputusannya je. Dahsyat betul penangan Piala Dunia ni.. terlalu hangat sampai sanggup tunggu, tidur dulu.. apa-apa pun Mia tak sokong mana-mana. Siapa yang menang pun tak kisah. Yang penting lagu dan muzik temanya best. Melambangkan budaya Afrika Selatan. Yang tak tahan tu, gerak tarinya... gelek habis... boleh bakar lemak...

Satu pencapaian Mia..  nak tahu tak apa dia? Mia dah turun 2.5 kg. Sibuk dengan exam PTk, mid term dan assignment baru-baru ni. Seronoknya banyak baju dah boleh digunakan semula.

Apa-apapun... selamat tengok bola... jom layan  lagu tema nya....zassssss...



p/s: Pernah main futsal dulu masa Kursus Induksi Umum kat Negeri Sembilan tahun 2006. Dapat juga jaringkan 3 gol... huhuhu