Monday, February 28, 2011

Permohonan Kursus Secara Online di INTAN


Sebenarnya selama Mia kerja di sektor kerajaan ini, Mia belum pernah kursus di INTAN. Memandangkan Sofea dah besar dan dah boleh ditinggalkan, Mia pun berhajat untuk pergi mana-mana kursus yang dianjurkan oleh INTAN. Anda boleh klik link ini untuk ke laman INTAN Online -> KLIK SINI.

Mia buat permohonan secara online pada bulan lepas (Januari) untuk IKWAS di Kluang. Ada 6 kursus semuanya. Mohon untuk setengah tahun pertama bagi tahun ini. Bukan senang nak dapat, al maklum sahajalah ramai betul kakitangan kerajaan yang mohon. Mia cuba sahaja, kalau dapat.. pergi, tak dapat pun tak mengapa.



Mudah sahaja nak buat semakan permohonan, hanya menggunakan IC No dan status permohonan akan dipaparkan. Bila sahaja Mia tengok keputusan untuk kursus minggu depan agak mendukacitakan, tidak berjaya terasa sedih juga.

Walaubagaimanapun, kakitangan kerajaan perlu mencukupkan latihan/kursus selama 7 hari dalam masa setahun. Masih sempat lagi ni....

14 comments:

  1. kursus intan mmg susah nak dapat. kalau dapat tu, pergi la.kalau tolak, rugi sbb blm tentu kursus len kita dapat.

    ReplyDelete
  2. Jalan2 sini. lama tak jenguk mia :)

    ReplyDelete
  3. kursus kat intan nie untuk golongan hawa je ke?

    ReplyDelete
  4. nk sng dpt kursus kt intan sng je..lps apply on9 contact pegawai yg berkenaan..klu x contact alamatnya mmg berkurun la nk dpt kursus di INTAN..apepon nice meet u n..good luck!

    ReplyDelete
  5. ohh.. itu macam.. tapi mmg adat la kalo x follow up call konpem buat donno je..

    ReplyDelete
  6. @Shafa tu lah.. tunggu giliran ni entah bila permohonan akan berjaya...

    ReplyDelete
  7. @chekpid haah la.. mia pun lama tak jenguk sana....

    ReplyDelete
  8. @mykhalis taklah.. kaum adam pun boleh... yang penting yang kerja kerajaan..

    ReplyDelete
  9. @@juera tak pelah.. tengok kat sistem lagi senang... nak call tu, seganlah...

    oo nice to meet u to... thanks..

    ReplyDelete
  10. @albalang takpe lah.. lagipun ramai kakitangan kerajaan yang mohon.. mia boleh tunggu...

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

July Top Supporters