May 2011

Tuesday, May 31, 2011

Agar Daging Cepat Empuk


Memang ada macam-macam cara nak empukkan daging, tapi bagi Mia cara yang Mia nak tunjukkan ini yang paling senang dan cepat. Tidak dinafikan cara potongan daging juga turut penting. Ikut cara biasa, memang mengambil masa yang lama untuk empukkan daging.

Rencah yang digunakan ialah halia dan bawang putih yang telah ditumbuk. Daging pula dipotong mengikut kesesuaian. Panaskan periuk yang telah diisi dengan air. Masukkan sudu besi kecil dan diletakkan di tengah-tengah dasar periuk tadi. Kemudian masukkan daging dan rencah. Rebus daging tersebut dan daging cepat untuk empuk.







Bila dah empuk, daging tadi boleh lah dimasak mengikut citarasa sendiri. Mungkin anda ada pandangan lain. Boleh juga dikongsi bersama. Kepada yang belum cuba, silalah cuba...
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, May 29, 2011

T-Shirt dan Pelekat Kereta (Car Sticker) Untuk Peserta Kempen


Semalam Mia dah buat tempahan t-shirt dan pelekat kereta untuk semua peserta kempen. Walaupun hanya ada 8 blogger sahaja yang membuat entri kempen dan meletakkan logo undi di sidebar, Mia rasa syukur sangat sebab ada yang sudi berkempen untuk Mia. Mia buat tempahan di sebuah kedai printing dalam Plaza Angsana, Johor Bahru.

Masa begitu cepat berlalu, dah nak akhir bulan ni. Tarikh tutup DiGi WWWOW Awards pada 20 Jun depan. Dijangka minggu depan siap dan Mia akan poskan terus ke alamat peserta kempen untuk membuat tugasan selanjutnya.

Terima kasih juga kepada penaja-penaja terhormat iaitu :
  1. mycni2.blogspot.com
  2. denazfa.com
  3. effa-k-poh.blogspot.com
  4. armiebeauty.blogspot.com
  5. bisnesprepaid.com
  6. myuniquependrive.blogspot.com
  7. celiksains.blogspot.com
  8. gokahwin.com
  9. applepinkbow.blogspot.com
  10. jomrenang.com
  11. kaedahjibril.com
  12. saunamu.com
  13. meebandungbp.com
Antara gambar yang sempat diambil semasa urusan tempahan dibuat...zassss






Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, May 28, 2011

Di Sebalik Tabir Video Promo



Akhirnya dapat jugalah Mia buat video promosi kempen mengundi Mia untuk Blogger of The Year DiGiWWWOW Awards. Simple sahaja video ini. Lokasi di Bahagian Pengembangan dan Khidmat Teknikal, Pejabat LPNM Bandar Baru UDA pada hari semalam waktu rehat tengahari semasa kaum Adam , menunaikan solat Jumaat. Masa yang diambil selama satu jam.

Bukan senang nak rakam video, asyik tersasul sahaja. 19 rakaman yang telah dibuat, dan hanya ada 1 sahaja yang Mia rasa sesuai. Video tersebut Mia edit sedikit dalam Sony Vegas, cuma buang depan dan belakang video frame. Biasalah mula-mula, yang rakam punya suara pun terakam sekali dan yang last pula yang jaga masa pun cakap "dah" pun terakam juga. Kemudian render kepada .wmv format. Apa-apapun Mia rasa seronok dapat buat video. Khas untuk tatapan pengunjung blog ini untuk mengenali Mia dengan lebih dekat lagi.

Krew rakaman ini cuma ada 2 orang sahaja, Kak Aida dan Jun. Pelbagai idea yang diberikan untuk menjadikan video ini menarik. Terima kasih ya, sanggup layan karenah Mia ketika merakam video ini.




 


Dan inilah hasilnya...

Read more / Baca Lagi >>>

Friday, May 27, 2011

Belia Pemangkin Transformasi Negara



Marilah kita meramaikan  Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya sempena Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2011 mulai 27 hingga 29 Mei 2011. Siapa lagi kalau bukan kita semua, golongan belia di negara ini. Dengan tema dan motto yang boleh dibanggakan, Belia Pemangkin Transformasi Negara. Golongan belia sekarang ini yang akan mencorak masa depan negara kelak. 

Majlis Pelancaran Himpunan Sejuta Belia ini akan dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia pada 28 Mei 2011 jam 4.30 petang di Pentas Utama Simpang Empat Jalan Kemerdekaan, Persiaran Perdana Presint 3.

Pelbagai aktiviti telah disediakan di sepanjang 3 hari sambutan ini berlangsung, sila klik SINI. Jom heboh pun ada juga. 

Marilah kita bangkit bersuara
Belia Pemangkin Transformasi Negara
Cita-cita di hati akan menjadi kenyataan
Bermula dari usaha untuk menempah kejayaan


Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, May 26, 2011

Kursus Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan



Sebagai seorang kakitangan kerajaan, tentu tidak terlepas daripada menghadiri kursus bagi menambahkan ilmu di dada. Pada Selasa (24 Mei 2011) lepas, Mia telah menghadiri Kursus Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan di MPC, Bandar Baru UDA selama 3 hari sehingga hari ini (Khamis 26 Mei 2011). Penceramah jemputan dari INTAN Kampus Wilayah Selatan iaitu Puan Ainur Shahriyah dan Puan Hajah Zamnah.

Secara ringkas, peserta kursus didedahkan dengan Pengurusan Aset Alih Kerajaan berpandukan kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 dan meningkatkan kemahiran peserta dalam aspek yang berkaitan.

Bukan senang ingin menguruskan aset alih kerajaan ini, banyak betul jenis borang yang digunapakai dan peserta juga ada diberikan latihan amal dan kajian kes secara berkumpulan. Dari Bab A-Penerimaan sehingga Bab F-Kehilangan dan Hapuskira, memang agak sukar sekiranya belajar memahami sendiri. Kesimpulannya, sikap tanggungjawab amat penting terhadap aset yang diamanahkan.






Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, May 25, 2011

Lempeng Sagu Biji Berkelapa


Makanan tradisional turun-temurun yang sukar dijumpai di mana-mana kedai makan di zaman sekarang. Kalau nak makan, kenalah masak sendiri. Lokasi dapur pula di rumah Mak Mertua.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah sagu biji, kelapa dan sedikit garam. Mula-mula rendam sagu biji hampir seminit di dalam air. Jangan lama sangat, nanti lembik pula. Selepas itu, dibasuh dan ditoskan. Sagu biji tersebut perlu digaulkan dengan kelapa dan masukkan sedikit garam.

Kemudian, panaskan kuali. Tuangkan ke dalam kuali dan ditekan rata (padatkan). Dimasak dengan api yang sederhana. Selepas masak, diterbalikkan lempeng tadi.

Mudah sahaja goreng lempeng ini, tidak perlu guna minyak. Jangan risau, bila dah masak betul, mudah untuk terbalikkannya.








p/s: suka kunyah-kunyah masa makan lempeng ni, terasa macam makan bubble gum
Read more / Baca Lagi >>>

Kempen Undi Mialiana.com Untuk Blogger Of The Year DiGi WWWOW Awards



Izinkan Mia untuk mengenali anda yang menyokong blog ini. Mia ingin menjemput sesiapa yang menyokong dan mengundi Mia untuk menyertai kempen ini. Mia pun tidak sangka sekarang Mia berada di rank yang ke-5. (Sila lihat Current Rank terkini di sidebar blog ini). Betapa anda semua amat menghargai blog Mia ini.

Apa yang perlu anda buat :
  1. Terbuka kepada sesiapa sahaja di dalam atau di luar Malaysia yang mempunyai blog.
  2. Membuat satu entri bertajuk "Kempen Undi Mialiana.com Untuk Blogger Of The Year DiGi WWWOW Awards ". Tidak perlu sticky post.
  3. Meletakkan logo ikon di dalam entri tersebut. Sila copy (Ctrl + C) coding di bawah :
  4. Memasukkan logo ikon juga ke dalam sidebar blog anda sehingga 20 Jun 2011. Guna coding yang sama seperti di atas.
  5. Sepatah dua kata untuk war-warkan kepada pengunjung blog anda. Contohnya :
    • Jom sertai kempen ini dengan mengundi blog mialiana.com
    • Saya undi blog mialiana.com, anda bila lagi?
    • 1 hari 1 vote untuk mialiana.com
    • Saya sekeluarga (5 orang) mengundi mialiana.com
    • Dan apa-apa sahaja yang berkaitan terpulang pada kreativiti masing-masing
  6. Menghantar nama, alamat, no telefon, URL blog ke eli_liana78@yahoo.com bagi tujuan penghantaran cenderahati. (tarikh penghantaran cenderahati akan diumumkan kelak)
  7. Bersetuju untuk menghantar gambar sendiri bersama cenderahati yang akan diterima nanti ke eli_liana78@yahoo.com.
  8. Bersetuju untuk di review oleh Mia dalam ruangan Mia's Supporters (akan mula pada Ogos 2011)
  9. Masukkan URL entri yang telah dibuat tadi ke dalam ruangan komen entri ini.
  10. Tarikh tutup untuk memasuki kempen ini ialah pada 25 Mei 2011.
  11. Selepas 25 Mei 2011, peserta kempen akan dihubungi oleh Mia untuk tugasan selanjutnya. (masih rahsia)
Senang dan mudah, kan? Jangan tunggu lama-lama. Jom sertai kempen ini untuk Mia mengenali anda dengan lebih dekat lagi.

p/s : Sticky Post entri ini dimasukkan pada 10 Mei 2011 jam 9.30 pagi dan akan berakhir pada 25 Mei 2011 jam 11.59 malam 
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, May 24, 2011

Hari Inovasi 2011 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 LPNM



Hari Isnin (23Mei 2011) merupakan hari yang bersejarah buat LPNM kerana pertama kalinya membuat sambutan Hari Inovasi. Lokasi di Hotel Seri Malaysia, Larkin Johor Bahru.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan kumpulan inovatif dan kreatif (KIK), penyampaian hadiah kepada pemenang mencipta logo baru dan lirik lagu LPNM dan juga penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 LPNM.

Memang diakui Mia memang sibuk pada minggu lepas menyiap/mengedarkan kad jemputan, dan membuat design buku program, bannner dan banting. Memang dah biasa buat kerja-kerja ad-hoc macam ni.



Antara gambar yang sempat diambil. zasss....








p/s: rasa puas bila dapat tengok hasil kerja sendiri....
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, May 22, 2011

My Interactive Media Class


Today is the first day I attended my class for this semester. Got two classes only. The other one, Web Publishing class being postponed.

At first, I couldn't find my class at room 3.09 as this is the first time OUM Johor changed the name of classrooms. I thought at the first floor, lab room but to no avail. Then I went to third floor, finally I found my class.

Puan Noniwati taught Interactive Media subject from 10.10am until 12.10 am. Only two of us in the class. Me and Rita. This subject is very interesting. Lots of new latest technology in all types of media. We managed to enjoyed ourselves while studying. Puan Noni really an experienced lecturer. She guided us on how to do assignment regarding video streaming media. Quite tough topic to be discussed. Need a lot of research in order to do the assignment.






Now, I'm getting to draft my assignment slowly as the due date is on 10 July 2011 and should be submitted via online.
Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters March 2017