Tuesday, April 10, 2012

Tips Belajar Dan Ulangkaji Pelajaran


Tips Belajar Dan Ulangkaji Pelajaran

Nak belajar dan ulangkaji pelajaran perlu ada cara yang betul. Kalau tak sia-sia sahaja, penat belajar tapi satu pun tak masuk otak. Belajar pun tidak boleh terlalu lama, otak akan menjadi letih. Banyak betul berlaku fenomena dah belajar tapi tak tahu dan tak faham apa yang dipelajari. Amat bahaya dan jangan dibiarkan lama. Belajar dalam keadaan terpaksa pun tidak boleh juga. Ishhh... lecehnya belajar ini. Sebenarnya, kena relax dan tenang, barulah semuanya boleh masuk ke dalam otak.  Jangan belajar semua dalam satu masa. Bahagikanlah masa untuk belajar dan jangan digangggu dengan komitmen yang lain contohnya urusan kerja dan urusan keluarga.

Di sini Mia ingin kongsikan Tips Belajar Dan Ulangkaji Pelajaran daripada buku Teknik Menjadi Pelajar Cemerlang oleh Dr. Hasan Mohd Ali.
  1. Tentukan serta tetapkan mata pelajaran yang mahu dipelajari dan berapa lama tempoh masa dan tahap kuantiti pembelajaran. Contohnya bab, muka surat serta topik. Setkan tarikh akhir bagi memastikan semuanya selesai dipelajari.
  2. Lakukan terlebih dahulu pembelajaran bagi mata pelajaran yang lebih sukar difahami hingga kepada mata pelajaran yang mudah dikuasai. Sebagai langkah permulaan, perkara ataupun topik yang paling menarik dalam sesuatu mata pelajaran ditelaah terlebih dahulu. Cara ini dapat memupuk minat seterusnya kepada perkara ataupun topik yang sebelum ini tidak diminati oleh pelajar.
  3. Pelajar perlu memilih tempat yang dapat menarik semangat dan minat belajar. Faktor cahaya lampu perlu dipastikan supaya tidak malap ataupun gelap sehingga menjejaskan penglihatan anda. Begitu juga elakkan daripada suasana riuh dan bising serta panas yang dapat mengganggu konsentrasi atau tumpuan belajar.
  4. Belajar dalam lingkungan jangka masa antara 50 hingga 60 minit dan beri minda dan badan anda berehat selama lebih kurang 10 minit hingga 15 minit. Pelajar juga boleh melakukan gerakan regangan ataupun senaman bagi mengembalikan kecergasan anda semula. Dalam masa berehat itu, pelajar juga boleh menikmati sedikit juadah minuman ataupun berkomunikasi sejenak bersama rakan, ahli keluarga dan individu yang rapat dengan pelajar.
  5. Apabila berasa penat ataupun jemu, pelbagaikan cara pembelajaran. Baca mata pelajaran lain ataupun tukar suasana persekitaran belajar. Hentikan proses pembelajaran apabila fikiran anda sudah tidak berupaya menerima ilmu secara terus. Sambung semula apabila minda sudah bersedia kembali.
  6. Ulang dan ingat semula apa yang anda pelajari dengan lengkap dan teratur.
  7. Berusaha belajar bersama rakan-rakan supaya saling dapat menyoal dan menguji antara satu sama lain. Buat perbandingan nota anda dengan rakan lain dan kerap membuat latihan dan ramalan mengenai soalan peperiksaan.
Sebenarnya dalam banyak-banyak tips di atas ini, no 7 memang sukar dilaksanakan memandangkan sukar ingin buat study group dengan pelajar OUM  dan digantikan dengan online forum dalam sistem myVLE. Itu pun tidak semua pelajar dapat berbincang bersama-sama. Yang mana aktif sahajalah yang rajin utarakan soalan atau menjawab soalan di dalam online forum selain daripada e-tutor.

Untuk tips yang no 2, selalunya Mia lebih suka baca mata pelajaran yang paling digemari sebab akan cepat habis dan mudah difahami, Kemudian barulah Mia baca mata pelajaran yang susah. Bagi Mia, bila susah dan kompleks, kena peruntukkan lebih masa dan beri tumpuan yang mendalam. Kalau tak serius memang susahlah nak faham.

Tips no 4 pula, di kala waktu rehat belajar, Mia selalunya akan membuat sesuatu yang menggembirakan hati.  Contohnya update blog ke... tengok video muzik ke.. Masa belajar Mia yang paling berkesan ialah di waktu awal pagi macam ni. Kadang-kadang tu buat kerja-kerja rumahtangga ke... terpulang. Lepas tu barulah sambung belajar semula.

Tips no 5, wajib ambil perhatian yang serius bila agak-agak kepala ini dah tepu, dah tak boleh masuk lagi. Bila baca lepas tu terfikir apa benda yang dibaca ini... Itulah tanda-tanda  harus hentikan proses pembelajaran. Jangan paksa diri untuk habiskan belajar juga. Belajar di kala otak sedang letih dan penat akan merugikan diri sebab semuanya tidak akan dapat diingati. Berhenti sahaja dan buatlah kerja lain yang patut.

Bila belajar ini. kita kena pandai sesuaikan tips-tips di atas dengan cara yang paling kita selesa. Yang penting kita belajar.. Semoga berjaya dalam peperiksaan nanti... Good luck!

p/s: Masa rehat dah cukup... time to get back to study...

32 comments:

  1. bagus tips ni... belajar awal pagi memang best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. *kak mia..
      nice sharing ^^

      dh berlalu zaman mengadap assignment byk2 ni, hikk...

      Delete
    2. bangun awal pagi.. memang menenangkan dan menyamankan... jiwa segar...

      Delete
    3. * caliph

      kak mia sekadar kongsi apa yang patut...

      Delete
  2. hahaha da lama x stdy nih...leh refresh balik tips nih klu niat nak sambung stdy t...pegang pen pun dah kekok...sakit jari tulis lelama...hahahaha sangat mengada kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. kalau dah lama sangat tak menulis memang macam gitu...

      Delete
  3. tip yg bagus...

    Singgah sini dr link blog Mak dara....
    http://masrinasidek.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. kalau saya nka study subjek yang kena baca2 nie mesti kena depan radio sambil layan lagu kalau tak konfem 10 - 15 minit mesti buku yang baca punyer tapi kalau bab kena kira2 nie kena tempat yang sunyi giler sebab nk kena kirakan pas tu mulut nie mulalah celoteh sorang2 marah kan diri sendiri sebab tak dapat jawapan..hahaha....rindunyer time study dlu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nice sharing betul pengalaman cik kasut tu.. semuanya ikut mood kita nak belajar macamana yang paling selesa... :)

      Delete
  5. Bagus sungguh info ini untuk panduan para pelajar..semua.. :)

    ReplyDelete
  6. Yuhuuuuuu Emma singgah sini dari blog mak dara =)

    ReplyDelete
  7. haluu....info yg bagus utk anak saya...thanks for sharing...n salam perkenalan...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2... salam perkenalan dari mia juga...

      Delete
  8. Replies
    1. terima kasih ya hazey... terjah sini. salam kenal juga...

      Delete
  9. nasib xbelajar dah..:D

    yeah come from Bicara Mak Dara : Ini Link Saya.. Sila Promote!

    Tengok anak nad jom..:)

    http://www.nornadiah.com/2012/04/joeybaby-sugar-glider-kelihatan-30.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo... terima kasih sudi datang sini ya nad...

      Delete
  10. dtg sini dan follow dari blog mak dara :)
    http://trueny.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. *kak mia..
    comment box ni kdg2 bole view, kdg2 x nampak langsung, huh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. kak mia pun perasan kat laptop lama yang xp ni, memang takleh kuar kotak komen. tapi kat laptop windows 7, kuar plak.

      kat ofis punya pc pun kuar jugak. rasanya sebab setting pc ataupun browser... entahlah..

      Delete
    2. sbb sy still guna xp.. ada conflict kt javascript kot ;p

      Delete
  12. salam kak mia..nk tnyr skt,klau tk bangun pagi tapi bngun pukul 12 n terus study,aper yg kte bljr boleh masuk kt dlm otk kr?n knpe ble nk start study msti kdng2 tk de mood?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud qila... qila tidur awal lepas tu study dari kul 12 sampai pukul berapa tu? takleh belajar terlalu lama nanti otak penat. paling maksimum pun 2 jam setengah. kalau sampai pagi memang tidak digalakkan. akan terasa mengantuk di waktu siang.

      bila nak start study takde mood. mungkin subjek tu susah dan memboringkan. hidupkan suasana dulu, buka lagu kegemaran, buatlah apa2 yang menggembirakan diri dulu. lepas tu barulah belajar.

      sekadar pandangan dari kak mia... cubalah. good luck untuk study..

      Delete
  13. thanks kak mia untk pndangan yg kak mia kasi tu..qila start belajar dari pkul 12tgh hri n sampai kul 4:30..okay tk time qila start study tu?wlaupun qila tk bngun pgi untuk study,start blajar tgh hari pon bleh msuk otk kn?

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

July Top Supporters