Dapat Ayam Goreng KFC

Thursday, November 14, 2013

Dapat Ayam Goreng KFC


Kata orang... rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Alhamdulillah, rezeki Sofea hari ini dapat seketul ayam goreng KFC petang tadi.

Nak dijadikan cerita, masa balik kerja petang tadi, kami sekeluarga makan di restoren berdekatan dengan rumah. Gelagat Sofea mungkin mencuit hati orang yang makan di sebelah meja kami. Sofea cerita aktiviti dia di taska hari ini, membebel bila nak dapat mainan play doh dan banyak lagilah yang diceritanya. Maklumlah 3 hari kena tinggal, tentu banyak yang dilaporkan dengan gaya dan memek muka sekali. Terhibur kami berdua.

Tup-tup Sofea tercakap kuat nak makan ayam. Mia pun suapkan ayam yang ada dalam nasi goreng cina dia. Tak sangka pula, orang sebelah perasan dan kebetulan dia ada bungkus ayam KFC. Dia makan bertiga dengan kawannya. Mia rasa budak-budak UTM la ni. Terus dihulurkan seketul ayam goreng KFC pada Sofea. Sofea segan nak makan lalu dibungkuskan untuk Sofea. "Terima kasih, abang.." Sofea cakap dengan manja.

Baiknya hati budak-budak ini. Terharunya Mia... Semoga mereka berjaya dalam pengajian yang diceburi.

balik rumah sibuk nak makan ayam ni padahal tadi dah makan nasi goreng cina... suka betul Sofea...

51 comments:

  1. seronoklah sofea dpt ayam KFC ye. baik betul student2 tu, moga murah rezeki ^_^

    ReplyDelete
  2. Rezeki ade d mane2...Alhamdulillah....rezeki sofea tu...

    ReplyDelete
  3. Alhamdillah. Kalau org baik baik ni kita pun terharu kan

    ReplyDelete
  4. Murah rezki stdent2 yg bagi ayam kat sofea tu :D

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah rezeki sofea hehe fae baru try ayam kfc crazy crunch. bolehlah rasa die.. prefer yg original spicy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang crazy crunch tu.. kak mia belum cuba lagi lah fae...

      Delete
  6. oo gitu ceritanya.. kiut la kot sampai student tu suka tgk keletah

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cute pun... kitorang ni macam teruja tengok dia bercerita...

      Delete
  7. rezeki sofea, sebut je nak makan ayam..terus ada yg bagi..hehehe

    ReplyDelete
  8. rezki2 http://jmbelog.blogspot.com/2013/11/jom-jalan2-ke-blog_13.html

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah, rezeki sofea.. hehe

    tengok gambar ayam kfc ni tngah2 malam, lapar lah pulak. haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuh biasalah la tu... kak mia pun tengok rasa lapar juga ni...

      Delete
  10. Teringinlah pulak okje nak makan KFC Mia... Makan KFClah hari ni,....

    ReplyDelete
  11. alala..comel je Sofea. teringin nak jumpa Sofea kak

    ReplyDelete
  12. hehe alo omei nye..lau yaya kat situ,yaya pon bg jgk kot..
    ahaks! *lau ade la mse tu ^o^*

    ReplyDelete
  13. Rezeki sofea... Mst la terpikat dgn mia yg comei nih... Hehe

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.