Di Kampung Solok Mangga, Tanjung Bidara, Melaka

Monday, February 24, 2014

Di Kampung Solok Mangga, Tanjung Bidara, Melaka

Pagi tadi bergerak ke Kampung Solok Mangga, Tanjung Bidara, Melaka kerana Arwah Pak Ngah Suami Mia yang meninggal 7.12 malam tadi di Hospital Seremban dikebumikan di sini. Arwah terlibat dengan kemalangan berdekatan rumahnya dan mengalami pendarahan teruk di kepala. Motorsikal yang ditunggang dilanggar oleh kereta.

Ramai saudara sebelah mertua yang hadir. Alhamdulillah, jenazahnya telah dikebumikan sebelum tengahari tadi.

Arwah merupakan adik kepada Mak Mertua Mia dan seorang yang sangat baik. Kali terakhir kami bertandang ke rumahnya di Bandar Enstek, Negeri Sembilan ketika menghadiri event Ephyra.

Sebelum pulang tadi, sempat bergambar di luar rumah.





Al-fatihah buat Arwah Tahir Bin Othman, semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang-orang yang beriman... amin...

update blog ketika sedang dalam perjalanan pulang ke Johor...

39 comments:

  1. takziah kak...alhamdulillah..semua selamat...

    ReplyDelete
  2. takziah Mia...semoga arwah ditempatkan di kalangan org² yg beriman & semoga rohnya tenang di sana..al fatihah..

    ReplyDelete
  3. salam takziah dari kami sekeluarga...semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian...semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman...aamiin

    ReplyDelete
  4. Takziah. Moga ditempat dikalangan orang beriman.

    ReplyDelete
  5. AlFatihah buat arwah... Takziah buat keluarga

    ReplyDelete
  6. Al fatihah....org tg. Bidara yea mia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak sukma... keluarga belah suami mia ni orang tanjung bidara...

      Delete
  7. Al-fatihah buat arwah..salam takzah buat kluarga kak mia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih asha... ni belah keluarga suami mia...

      Delete
  8. Salam Takziah untuk family husband kak Mia..Al fatihah buat arwah Tahir Bin Othman

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.