Shopping Online Di RMALL

Sunday, February 23, 2014

Shopping Online Di RMALL


Sebenarnya Mia ini dari dulu memang sedang mencari satu meja comel untuk meletakkan laptop (notebook) Mia supaya senang nak buat kerja berjam-jam dan juga untuk aktiviti berblog. Buat pengetahuan, Mia selama ini bila dah penat duduk, baring meniarap bila mengadap laptop. Lepas itu, risau takut laptop panas. Tempohari kan... dah terbakar graphic microchip laptop Mia yang lama masa buat video editting, ada di entri SINI dan SINI.

Puas juga mencari kat web shopping online seminggu dua ini. Tup-tup terjumpa pula dengan RMALL, http://rmall.my. Eh! macam menarik je. Mia terus klik kat tab AS SEEN ON TV. Apalagi mulalah aktiviti membelek apa yang dijualnya satu persatu. Bagus juga RMALL ini.

Yeahh! Jumpa barang yang dicari. Laptop table yang begitu memukau hati Mia. Bentuknya ala-ala moden, tak perlu fikir panjang terus berkenan. Memang menepati citarasa Mia. Demi sayangkan laptop yang baru ini, maka terus pilih.


Butiran spesifikasi yang memang tip top lah. Memang patut ada kat rumah ni. Senang dan memudahkan. Terutama blogger yang berjam-jam blogwalking itu, amat sesuai sangat ni.

klik pada gambar untuk besarkan

Dah siap pilih tu, mulalah menggatal nak cari satu lagi. Kali ini handsfree mount untuk diletakkan kat dalam kereta. Memang dah jadi keperluan Mia sekarang ini, senang nak tengok handphone sambil memandu dan senang nak call sambil aktifkan loud speaker. Boleh pusing-pusing pula itu. Elok benarlah ni.


Butiran spesifikasinya yang terperinci.
klik pada gambar untuk besarkan

Lega rasa di hati. Shopping online memang memudahkan. Nak-nak bila harga barang yang ditawarkan murah. Kita tunggu barang-barang ini sampai, nanti Mia akan review ya...

mood teruja sangat nak tunggu barang sampai... (^_^)

Entri berkaitan :
GripGo Universal Car Phone Mount Dari RMALL
Laptop Table With USB Cooling Fan Dari RMALL

31 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Salam Ukhwah Fillah ..
    Selamat Pagi Sahabat ...
    Semoga barang yg di beli selamat sampai ...
    Dah dapat yg sesuai mmg puas hati ..

    ReplyDelete
  2. btul2..shopping online memang best! mata pun berpinar2, kne shopping online spek mata plak pasni..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan... maya. berjam2 mengadap untuk pilih yang terbaik...

      Delete
  3. online shopping nie mudah, bila-bila masa pun kita boleh surf dan beli.. even tgh malam pun boleh lagi membeli belah..

    ReplyDelete
  4. Amboi kak..hehe..hopefully mencapai spesifikasi akak :)

    ReplyDelete
  5. Mia, memang best shopping online. Jom lah shopping kat pondok nor plak. Hihi shopping.norazizah.com.my

    ReplyDelete
  6. hihi kak mia leh join kite.
    kite suke gilee shopping online :)

    ReplyDelete
  7. Owh lappy kalau guna lama memang panas terutama processor amd...penting kipas tu.

    ReplyDelete
  8. Mudah kan sekarang.. Shopping online je ;D hee

    ReplyDelete
  9. Shopping online jimat masa... Tapi kena pastikan jangan tertipu dengan peniaga yang tidaj berdaftar ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la fuza... tapi yang ni boleh dipercayai...

      Delete
  10. Sama la..ain pun cari meja khas untuk laptop

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum mia...menarik nyer benda ni...:)

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.