Tak Penat Ke Update Blog Hari-Hari

Thursday, October 2, 2014

Tak Penat Ke Update Blog Hari-Hari


Satu soalan yang agak begitu cepu emas Mia rasakan. Tak penat ke.. update blog hari-hari. Sebenarnya, bila dah ada blog dan juga jadi blogger tegar tentulah perlu sentiasa update blog.

Soal penat tu... tak ada lah penat sangat. Bukannya buat kerja berat pun. Hanya perlu online dan update blog guna smartphone atau pc atau laptop. Cuma idea tu je yang kadang-kadang ada blank sikit.

Bila kita update blog dengan happy, kita tak terasa pun penatnya update blog itu. Malah rasa puas hati bila ada pengunjung yang memberikan maklumbalas. Di situlah peniup semangat untuk terus update blog hari-hari.

Pokok pangkalnya terletak pada diri kita sendiri. Kalau kita rasa penat, penatlah jadinya. Kalau kita rasa susah, susahlah jadinya.

Pengunjung pun rasa bersemangat nak datang blog kita kalau kita update hari-hari. Tentu tertanya-tanya apa pula cerita hari ini kat blog kita. 

Tak perlu nak fikir yang negatif. Pendek kata update je la blog itu. Jangan biarkan ianya bersarang. Bila rasa seronok berblog itu dah ada dalam diri kita, secara automatiknya akan mudahlah kita nak update blog setiap hari.

Selamat berblog....

buang penat tu jauh-jauh...

26 comments:

  1. betul tu..kena buang penat tu..bagi wana blogging ni satu kepuasan..dapat berkongsi macam2 perkara dengan rakan2 dan pengunjung blog..

    ReplyDelete
  2. Time takde idea tu yg paling azab. 2Hari amek masa hahhahha kekadang tu langsung tak update

    ReplyDelete
  3. Selalu je blank setiap kali nak update blog. Sebab tak tau nak update apa. Hasilnya tak updatelah berhari-hari... huhu.. Semoga terus berkarya ML! =)

    ReplyDelete
  4. Hye akak.....
    betul tu akak. Sebelum ni terlalu letih kerja sampai kadang blog terabai. Sekarang idea nak update belog mencurah-curah sampai kadang nak wat entry baru je

    http://ilotnaim.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Betul kak..terpulang pada diri sendiri. .

    ReplyDelete
  6. Betul Mia... Lagi pun blog dah jadi periuk nasi kita ^_^

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum.. kak mia,

    kata2 semangat yang bagus utk meniupkan semangat yang kekadang turun naik berblog nie...

    mselim3

    ReplyDelete
  8. Takdelah penat. Yang tak best kalau tiada idea ;)

    ReplyDelete
  9. btul tu kak mia..
    mula2 mmg ase penat je
    tapi bile ade yg sudi bace penat tu dah jadi teruja

    ReplyDelete
  10. saya rasa masa saya yang penat nak kejar saya la kak..hahaha

    ReplyDelete
  11. tahnia semangat yang tak pernah pudar, contoh blogger yang berjaya..betul bila seronok ikhlas tak rasa penat..itulah masa dan idea nak korek dan korek

    ReplyDelete
  12. setuju kak mia, kalau kita happy dengan sesuatu, tak rasa penat pun :)

    ReplyDelete
  13. Mia mmg rajin update blog.AA nk curi2 masa upxate blog wakyu keje pun payah.

    ReplyDelete
  14. Blog ni dah umpama diari.
    Tempat bercerita
    Bersembang dengan kawan2
    Guba sebaiknya
    Kadang2 tu ada masa xd idea
    Ada idea xd mood menulis
    Hehehe

    ReplyDelete
  15. Dulu saya xtahu apa function blog. Sy aktif 2012. Kemudian tahun 2013, sy kurang aktif. Tahun ni baru nak aktif balik. Memang seronok sebenarnya. Bila baca balik blog sy masa tahun 2012 punya, rasa tergelak sorg2. So, mmg xrugi kalau selalu update blog ni. Depends pd individu trsebut samada nak update hari2 atau tdk. Sekurangnya, kalau hari2 di update dia ade kenangan manis / pahit tersendiri utk dikongsikan bersama dan akan diingat balik serta menjadi value utk 5 atau 10 tahun akn dtg. Lets follow me. Sbb xbyk follower. Haha........ sadis.........

    ReplyDelete
  16. Kalau dah start update hari2 mmg rasa seronok dia lain macam tau.. Tp jgn miss walau sehari pun sbb bila termiss je mesti semangat tu dah lari.. Huhu.. Kena ikut contoh mcm kak Mia.. Chaiyo!😉
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  17. yang penatnya apabila terlalu lama duduk. Sakit bontot. haha.

    ReplyDelete
  18. Singgah petang Kak Mia...penat tu tak pernah timbul masa berblog...yang penat tu nak cari idea dan masa kadang tak mengizinkan untuk beronline...hehe

    ReplyDelete
  19. Bila dah selalu update blog, rasa macam tak sempurna hari tanpa update blog.. tapi pernah juga sampai kekeringan idea dan ada juga idea yang mencurah2.. hari nih idea tak de, blogwalking jer.. badan pun kureng sihat..

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum mia....sokong tu....kalau nak ikut penat mmg penat tapi kena juga ada masa utk blog baru terasa lebih menarik...

    ReplyDelete
  21. Kekdg pnt juga cari idea ghee..tpi best bila org dtg baca komen apa yg kits tulis

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.