Preview Dan Hadiah Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com

Preview Dan Hadiah Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com


Pembiakan nyamuk yang semakin banyak menyebabkan kes-kes denggi semakin meningkat di negara ini, ia adalah penting untuk melindungi diri dan anak anda daripada nyamuk aedes. Untuk tidak terus merosakkan alam semula jadi melalui penggunaan pelbagai jenis racun serangga dengan kandungan kimia dan lagi mengekalkan keberkesanannya menghalau gigitan nyamuk, satu produk baru Bugslock-gelang penghalau nyamuk yang inovatif telah dihasilkan di Korea dan kini boleh didapati di Malaysia dan boleh dibeli secara talian(online) melalui www.malaysiabugslock.com

Syarikat X Cube Enterprise telah diberi kuasa oleh Syarikat Bugslock di Korea Selatan untuk menjual Bugslock-gelang penghalau nyamuk di Malaysia. Untuk memberi peluang lebih ramai orang mencuba gelang yang mujarab mengelakkan gigitan nyamuk ini, X Cube Enterprise menjalinkan kerjasama dengan blogger Mia Liana dalam menganjurkan Giveaway Gelang Penghalau Nyamuk Bugslock di Mialiana.com pada bulan November dan Disember 2014.

Giveaway ini terbuka kepada semua blogger yang berumur melebihi 18 tahun, sama ada sendiri, ibubapa, anak, bayi atau kawan-kawan yang menghadapi masalah gigitan nyamuk semasa tidur, berkebun, makan angin, mendaki, memancing dan lain-lain lagi.

Dalam giveaway ini, 30 orang blogger yang layak akan dipilih menerima produk Bugslock-gelang penghalau nyamuk untuk dicuba. Kemudian, akan diminta untuk membuat entri review produk ini berdasarkan pengalaman semasa guna gelang ini.

Entri-entri yang dijadualkan untuk menjayakan Giveaway ini :
Blogger-blogger yang berminat menyertai giveaway ini dikehendaki membuat entri di blog. Sila ikuti segala syarat-syarat yang akan dinyatakan dalam entri ini.

34 orang blogger yang berjaya dalam sesi pemilihan pertama oleh pihak X Cube Enterprise akan diumumkan pada 17 Nov 2014 melalui entri ini dan produk Bugslock-gelang penghalau nyamuk (2 utas) akan dihantar kepada mereka untuk dicuba. Blogger dikehendaki untuk berikan komitmen sepenuhnya dalam menjayakan giveaway ini.

Butiran penghantaran - senarai tracking number
Ini adalah fasa di mana 34 orang blogger yang berjaya terpilih akan cuba gelang penghalau nyamuk, sama ada cuba sendiri, anak atau ibu bapa mereka yang memerlukan gelang ini untuk mengelak dari gigitan nyamuk. Entri review yang dibuat hendaklah mengikut syarat-syarat yang akan dinyatakan dalam entri ini. URL link entri review hendaklah dihantar ke ruangan komen entri ini. Kesemua 34 orang blogger wajib menghantar entri review masing-masing.

Pengumuman pemenang pada 15 Disember 2014
Pemenang akan dipilih sendiri oleh Syarikat X Cube Enterprise berdasarkan kepada entri review yang berkualiti dan menarik disamping gambar bersama produk yang kreatif dan unik.


Hadiah Yang Ditawarkan :
Hanya 10 orang pemenang yang dicari dan akan menerima hadiah berikut :

Tempat 1 : Wang tunai RM200 + 4 utas gelang penghalau nyamuk

Tempat 2 : Wang tunai RM150 + 4 utas gelang penghalau nyamuk

Tempat 3 : Wang tunai RM100 + 4 utas gelang penghalau nyamuk

Tempat 4 - 10 : 4 utas gelang penghalau nyamuk


sila bookmark tarikh-tarikh ini dan semua blogger dijemput join...

Post a Comment

47 Comments

  1. hanya untuk 18tahun keatas?... tak dapat join lah nhe.. hehhe

    ReplyDelete
  2. Bihah dah follow blog ini,kalau sudi follow blog Bihah balik dan singgah selalu
    http://bicarabihah.blogspot.com/
    terima kasih

    ReplyDelete
  3. alaaaa...mana sempat kak! sampai hati...hahahaha

    ReplyDelete
  4. menarik nih, ish, kalau dapat gelang ni, selamat la lengan dan kaki dari digigit nyamuk bila pegi kebun cari rebung dgn mak..

    ReplyDelete
  5. Bagusnya siapa yang boleh join, semoga berjaya

    ReplyDelete
  6. Menariknyee GA ni kak mia...
    Isnyaallah bookmark...
    Tp xtau la smpt join ke tak ni

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum mia...bagusnya boleh juga join nanti..:)

    ReplyDelete
  8. pheww.. menarik.. takkan ku lepaskan peluang itu.. hihi

    ReplyDelete
  9. nak cuba join laa..nak asah bakat penulisan..hehehe

    ReplyDelete
  10. tak dapat join. :( good luck kepada yg join! :D

    ReplyDelete
  11. Macam nakkkkk je.... nyamuk dan diriku ibarat buddy... takkan terpisah :(

    ReplyDelete
  12. Wow..Terbaik GA nie....Bestnya saya mesti join...
    IsmailDotCom

    ReplyDelete
  13. okey... dah set tarikh dalam calendar.... yeayy

    ReplyDelete
  14. hadiahnya menarik...mana tau ada rezeki kan..SA join....

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum, join last minit... niat nak tmbah follower dan kenalan baru =) http://nisathelimitededition.blogspot.com/2014/11/giveaway-bugslock-gelang-penghalau.html

    ReplyDelete
  16. asalam Mia...subahanllah..hebat sungguh GA ni teruja nak tahu siapa yang berjaya..pada Etuza dah join pun Etuza kira dah terbaik..selalunya etuza akan kata kan bahawa memang ada menang dan ada yang tak meneng itu semua hakikat kene terima ..macam tak sabar nak tahu...hehehe...

    ReplyDelete
  17. oh ok. baru faham syarat-syarat semuanya termasuk tarikh-tarikh yang perlu alert. inshaa Allah akan berusaha untuk menyahut cabaran pada peringkat yang seterusnya TQ sekali lagi pada kak mia & sponsor :)

    ReplyDelete
  18. Ada lagi??? nak try jugak... huhuhu baru tengok dalam blog cik lily putih...

    http://www.mieranadhirah.com

    ReplyDelete