Baru Siap Packing Baju

Saturday, February 14, 2015

Baru Siap Packing Baju


Mak aiii... dah nak tengah malam ni. Mia baru je siap packing baju untuk 3 hari. Seperti biasa akan siapkan keperluan tadika Sofea dan baju harian dia. Sekarang ini dia dah pandai pilih baju yang dia nak pakai, konon nak cepat siap packing baju tapi tak leh pula. Kena tunggu Sofea siap pilih baju, seluar dia, gaun dia. Macamlah nak duduk seminggu kat rumah Mak Mertua. Kalau tak dibawa nanti mencari pula. Akhirnya, bawa semua baju yang dia suka. Habis cerita. Tu yang banyak makan masa. Packing baju Mia sekejap je.



Hmm... macam ni lah keadaannya kalau Mia berkursus. Mak Mertua akan jaga Sofea. Esok mula berkursus selama 3 hari.. dari pagi sampailah ke malam... huhuhu nak buat camne... nama dah naik... pergi je lah...

Sofea punyalah excited nak duduk rumah nenek dia.... sampai lambat tidur malam ni...

11 comments:

  1. Perempuan kalau pilih baju memang tak cukup untuk total hari.... kalau bercuti seminggu bawak baju macam pergi sebulan... hahaha

    Selamat berkursus ya kak mia...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan singgah hujung minggu kak mia...wahh...bnyk juga sofea nk bw bju pergi rumah nenek dia...

    Dan selamat berkursus buat kak mia....

    ReplyDelete
  3. wah sofea kalu boleh semua baju die nak bawak..ehhee

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum mia...duduk rumah atok n nenek mestilah sofea seronokkan...:)

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.