Mengapa Membaca Al-Quran Itu Sangat Penting ?

Saturday, August 13, 2016

Mengapa Membaca Al-Quran Itu Sangat Penting ?


Mengapa membaca Al-Quran itu sangat penting ? 


Menurut kajian yang dilakukan oleh Dr. Al Qadhi di Klinik Besar Florida, Amerika Syarikat telah membuktikan hanya dengan mendengar ayat suci Al-Quran baik yang mengerti bahasa Arab atau tidak, dapat memberikan perubahan fisiologi yang sangat besar termasuklah menghindari diri dari pelbagai jenis penyakit. 

Perkara ini juga dikuatkan lagi dengan penemuan Dr Muhammad Salim dari Universiti Boston. 

Jadi mengapa di dalam Islam ketika mengaji disarankan untuk bersuara yang mana sekurang-kurangnya didengari oleh telinga kita sendiri?

Berikut penjelasannya :

✅Setiap sel di dalam tubuh kita bergetar di dalam sebuah sistem yang saksama, dan perubahan sekecil apapun dalam getaran ini akan menimbulkan potensi penyakit di pelbagai bahagian tubuh. 

Maka sel-sel yang rosak ini harus digetarkan kembali untuk mengembalikan keseimbangannya hanya dengan suara. 

Maka muncullah terapi suara yang ditemukan oleh Dr Alfred Tomatis dari Perancis. 

Sementara itu Dr. Al Qadhi  juga menemukan bahwa membaca Al-Quran dengan bersuara memberikan pengaruh yg luar biasa terhadap sel-sel otak untuk mengembalikan keseimbangannya.

✅Seterusnya kajian ini membuktikan sel cancer dapat dihancurkan dengan menggunakan frekuensi suara saja. Ini terbukti dengan hanya membaca Al-Quran akan memberikan impak yang hebat dlam proses penyembuhan penyakit cancer 

✅Virus dan kuman berhenti bergetar saat dibacakan ayat suci Al-Quran dan disaat yang sama, sel-sel sehat menjadi aktif dengan mengembalikan keseimbangan yang terganggu tadi. 
(QS Al Isra' : 82.)

Dan yang lebih menguatkan supaya diri sendiri yang membaca bagi penyembuhan diri adalah kerana :

SUARA YANG PALING MEMILIKI PENGARUH KUAT TERHADAP SEL-SEL TUBUH ADALAH SUARA SI PEMILIK TUBUH ITU SENDIRI !
QS 7  : 55, QS 17: 10

Mengapa solat berjamaah lebih dianjurkan? Ini kerana ada doa yang dilantunkan dengan keras sehingga terdengar oleh telinga dan ini akan memgembalikan sistem yang rosak.

Mengapa Islam tidak menganjurkan mendengar lagu hingar bingar? Ini kerana telah dibuktikan bahwa getaran suara boleh MENJADIKAN TUBUH TIDAK SEIMBANG

Maka kesimpulannya : 

1. Kurangkan mendengar muzik hingar bingar, dan gantikan dengan murotal yang terbukti memberikan efek penyembuhan

2. Maka bacalah Al-Quran , kerana efek suara kita sendirilah yang paling hebat dalam penyembuhan.

sumber : [group whatsapp]

selamat mengaji...

7 comments:

  1. tq info ini. dapat ni terus share pada customer yang menghidap kanser. moga -moga ini salah satu ikhtiar untuk lebih sihat kan dan bebas dari kanser.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum mia...perkongsian yg baik tq...:)

    ReplyDelete
  3. in shaa Allah...
    perkongsian bagus ni, mia.

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.